Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Gagal’ Dalam Tiga Pentas Final, Di Maria Dedah Terpaksa Ambil Ubat 

Iqbal Yasir
Di Maria Ambil Ubat
Gambar: Stadium Astro

‘Gagal’ Dalam Tiga Pentas Final, Di Maria Dedah Terpaksa Ambil Ubat

Pemain kebangsaan Argentina, Angel Di Maria, mendedahkan dirinya sehingga kini terpaksa mengambil ubat bagi membendung tekanan dan kekecewaan selepas tiga kali tewas dalam pentas akhir di dua kejohanan berbeza, lapor Stadium Astro.

Jelasnya, dalam tempoh tiga tahun, dia terpaksa melepaskan tiga trofi iaitu Copa America iaitu pada 2015 dan 2016 dan Piala Dunia 2014 bersama Argentina.

“Disebabkan itu saya masih mengambil ubat-ubatan. Saya dapat mengurangkan (dos). Saya jauh lebih baik tetapi itu juga sesuatu yang sedikit ketagihan, ia adalah perkara yang kekal dengan anda,” katanya menerusi perkongsian portal sukan antarabangsa, ESPN.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu menjadi tonggak penting Argentina dalam menjulang trofi Piala Dunia 2022, mengakhiri penantian 36 tahun negara itu.

Untuk rekod, hanya Javier Mascherano (147) dan Lionel Messi (191) yang telah membuat lebih banyak penampilan untuk Argentina berbanding Di Maria (141) sebelum dia bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2023

Sumber: Stadium Astro

BACA: Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo

BACA: Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

BACA: Ini Sebab Kenapa Hanya Negeri Melaka Yang Cuti Pada 20 Februari

BACA: Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik