Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gambar ‘Bigfoot’ Sedang Gendong Anak Di Belakang Badannya Tular Di Media Sosial
Gambar seekor Bigfoot yang didakwa sedang menggendong anaknya di belakang badan dilaporkan telah mencetuskan kekecohan di dalam talian, lapor Mirror.
Imej itu yang menunjukkan kelibat makhluk berbulu berkenaan bersama anak kecilnya dipercayai lokasinya terletak di Beacon, New York.
Kelibat makhluk itu telah berjaya dirakamkan sedang berjalan di dalam hutan pada siang hari.
Gambar itu kemudiannya telah disiarkan di Facebook baru-baru ini dan seterusnya telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna laman tersebut.
Dalam pada itu, bagi membongkar penemuan tersebut, sebuah blog telah dilancarkan bagi meneliti imej lain yang diambil di Beacon.
“Saya membuat halaman ini sebagai tindak balas kepada penampakan Bigfoot di kawasan Beacon, NY sepanjang tahun lalu,” tulis laman blog tersebut.
Gambar-gambar yang dikongsi di blog tersebut termasuk Bigfoot muda yang didakwa membelai dan bermain dengan rusa di dalam hutan itu.
Mengulas mengenai penemuan terbaru itu, seorang pengguna berkata: “Ibu dengan bayi yang baru lahir. Mereka membasuhnya di sungai berhampiran selepas dilahirkan,”

Seorang lagi menulis bahawa makhluk itu adalah merupakan Bigfoot yang sebenar di dalam hutan tersebut.
“Itu adalah BF (Bigfoot) sebahagian daripada makhluk di sana. Mungkin gambar yang diperbesarkan akan membantu anda,” tulis pengguna tersebut.
Salah satu imej yang disiarkan di Facebook menunjukkan apa yang orang ramai berpendapat bahawa ia adalah bayi yang sedang berpaut di belakangnya.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Perbincangan mengenai gambar itu telah dipaparkan di laman web The Crypto Crew.
Pengarang halaman itu berkata bahawa kewujudan makhluk itu di Beacon adalah palsu semata.
“Video Beacon Bigfoot yang wujud sekian lama kebanyakannya adalah palsu,” tulis pengarang halaman tersebut.
Bagaimanapun, imej lain yang menunjukkan anak makhluk itu berkata bahawa ia adalah daripada keluarga yang sama.
“Ya ia adalah satu keluarga. Saya harap mereka berada di harta persendirian kerana seseorang mungkin menembak mereka,” tulis pengarang laman web tersebut.
Sumber: Mirror