Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Gambar) Dipercayai Ingin Elak Tapir Melintas, Dua Kereta Terlibat Kemalangan

langgar tapir
Gambar: Info Roadblock jPJ/Polis

Dungun, 28 Sept – Dipercayai gara-gara ingin mengelak seekor tapir yang melintas, dua buah kenderaan mengalami kemalangan di Jalan Bukit Besi di sini.

Kemalangan yang dilaporkan berlaku pagi tadi berhampiran Kampung Serdang itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat remuk dibahagian hadapan.

Dalam gambar dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis, kelihatan seekor tapir mengalami kecederaan dan pendarahan pada beberapa bahagian badan.

Kelihatan darah memenuhi jalan raya sebelum haiwan itu beredar dan duduk di tepi jalan.

Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib mangsa kemalangan, termasuk tapir yang mengalami kecederaan yang agak teruk.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis