Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Gambar) Gelagat Lucu Shiba ‘Rosakkan’ Semua “Group Photo” Bikin Ramai Terhibur

Gambar Via Other Vibes

Kebiasaannya, sesetengah anjing mungkin akan ditakuti oleh manusia kerana kegarangannya tetapi ada juga sesetengah anjing yang sangat jinak.

Sama seperti anjing baka Shiba Inu yang sentiasa mendapat perhatian kerana kecomelannya.

Bukan itu sahaja, ia terkadang mempunyai ‘perangai’ yang pelik dan melucukan.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, empat ekor Shiba Inu dilihat bergambar bersama tetapi salah seekor daripada mereka sangat menarik perhatian ramai.

Tidak seperti yang lain, anjing berwarna putih itu memberikan reaksi yang sangat menjengkelkan dan ‘merosakkan’ gambar tersebut.

Ia dikatakan ‘merosakkan’ gambar tersebut kerana tiga anjing yang lain dilihat sangat ‘sopan’ dan baik sahaja.

Namun, tingkah laku tersebut telah membuatkan netizen di seluruh dunia terhibur sehingga perkongsian gambar-gambar itu mendapat sebanyak 301 ribu tanda suka.

Jom tengok gambar-gambar yang telah ‘dirosakkan’ oleh anjing putih tersebut di bawah ini.

Sumber: Other Vibes