Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Gambar) Tersepit Dalam Eskalator, Tular Foto Lelaki Tanggung Kesakitan Dipercayai Kaki Patah

Kredit: Update & Info

Kuala Lumpur, 3 Nov – Seorang lelaki dipercayai patah kaki apabila tersepit pada eskalator di sebuah kompleks di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pagi tadi.

Menurut perkongsian di laman Update & Info, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10:01 a.m sebelum mengerah 6 anggota dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Titiwangsa ke lokasi kejadian.

Setibanya ke tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kaki seorang lelaki berbangsa Cina berumur 49 tahun telah tersepit pada ruang eskalator, kata Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohd Zuhair Faisal Zulkifli.

Mangsa didakwa mengalami patah kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Kredit: Update & Info
Kredit: Update & Info
Kredit: Update & Info
Kredit: Update & Info

Sumber: Update & Info