Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gelombang Haba: Enam Kawasan Di Semenanjung Termasuk Baling & Kinta Berada Pada Tahap Berjaga-jaga

Kredit gambar: Google

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Terdapat enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 dalam fenomena gelombang haba, iaitu berstatus Berjaga-jaga.

Iklan

Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) melaporkan, keenam-enam kawasan yang terlibat ialah Baling (Kedah), Kuala Muda (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kinta (Perak), Batang Padang (Perak) dan Hilir Perak (Perak).

Dalam masa sama, semua kawasan di Sabah dan Sarawak pula sedang dalam pemantauan, tambah laporan itu lagi.

Bagaimanapun, suhu maksimum harian di semua kawasan dan negeri lain di seluruh Semenanjung dilaporkan masih terkawal iaitu berada di bawah 35 darjah Celcius.

Sumber: MET Malaysia