Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi 5.7 Pada Skala Richter Landa Barat Indonesia

Hannah
gempa bumi barat Indonesia
Sumber: BERNAMA

Gempa Bumi 5.7 Pada Skala Richter Landa Barat Indonesia

JAKARTA, 15 Sept (Bernama-Xinhua) — Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada Ahad, lapor agensi meteorologi dan geofizik negara itu, menurut Xinhua.

Gegaran berlaku pada 4.37 pagi waktu Jakarta (2137 GMT Sabtu) dengan pusat gempa terletak 17 kilometer (km) ke barat daya daerah Tapanuli Utara, menurut agensi itu.

Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.

BACA: Tip: Ini 5 Benda Yang Tidak Patut Anda Tinggalkan Dalam Kereta

BACA: Lebih 51,000 Pelancong Ke Thailand Melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

BACA: Kanak-kanak Sembilan Tahun Hampir Diculik Ketika Tunggu Van Sekolah

Sumber: BERNAMA