Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat 6.3 Skala Richter Dilapor Gegar Filipina Pagi Ini

Gambar Via Daily Tribune

Gempa berkekuatan 6.3 skala Richter dilapor telah melanda wilayah Batangas di pulau besar Luzon, Filipina, kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan hari ini, lapor GMA News Online.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVLOCS) mengatakan bahawa pusat gempa itu dikesan di Calatagan, Batangas.

Metro Manila dan wilayah berdekatan juga merasakan gempa bumi itu.

PHIVLOCS juga mengatakan bahawa gempa itu memiliki kedalaman 74 kilometer dan ia memberi amaran kemungkinan berlaku gempa susulan.

Namun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa juga masih belum dapat dipastikan.

Sumber: GMA News Online