Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Rantau Sempadan Myanmar-China pada 9.43 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Ritcher itu dilaporkan berlaku pada jarak 182 kilometer (km) Barat Laut dari Dien Bien Phu,Vietnam.
”Selain itu, pusat gempa bumi tersebut terletak 22.3 darjah Utara dan 101.5 darjah Selatan dengan kedalaman 10 km ke bawah.
”Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini,” kata kenyataan.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
