Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
RC mini kedai mamak
Kredit: TikTok

Geng Lelaki Terhibur, Pakat Tengok Sampai Habis Abang Ni Santai Main RC Mini Atas Meja

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Geng Lelaki Terhibur, Pakat Tengok Sampai Habis Abang Ni Santai Main RC Mini Atas Meja

Kereta lumba mainan kawalan jauh atau nama glamournya, RC-car (radio/remote controlled ) memang diakui menjadi kegilaan remaja suatu ketika dahulu.

Malah, sehingga ke hari ini walau usia sudah menginjak ke alam dewasa, RC masih kena dengan jiwa. Tak kisahlah sudah berumah tangga atau sudah memili cahaya mata, jika ada masa terluang pasti tidak dilepaskan untuk menyentuh mainan ini.

Kebiasaannya, kereta mainan ini boleh ditemui di kedai mainan atau seksyen mainan di pasar raya besar. Namun, kebanyakan kereta mainan yang ditawarkan adalah untuk golongan kanak-kanak.

Kebanyakan penggemar RC dari golongan millennial lebih gemar rekaan RC yang lebih kelihatan ‘dewasa’ dan menyerupai rekaan kereta sebenar.

Bagi sesetengah peminat, RC ini juga ibarat kesempatan untuk memiliki ‘kereta idaman’ yang mungkin hampir mustahil untuk dibeli.

Secara umumnya, kebanyakan rekaan RC mini ini kebiasaanya berdasarkan rekaan kereta sebenar pada skala 1:76.

Santai, Main RC Mini Atas Meja Kedai Mamak

Berdasarkan video TikTok milik pengguna ABG. TRAXXAS (@jeffri696), dirinya sedang bermain RC mini ketika minum teh bersama-sama rakannya di restoran mamak.

Dengan santainya, Jeffri telah mengawal kereta mainan comelnya yang berlegar-legaran di atas meja makan. Kereta berkenaan kelihatan menyusur di sisi barangan di atas meja seperti bekas kicap, cawan, powerbank dan sebagainya.

Saiz RC yang kecil, lebih kecil jika dibandingkan segugus kunci yang diletakkan di atas meja itu membenarnya melalui ruang-ruangan sempit di atas meja.

Video Jeffri bermain RC di atas meja restoran mamak itu telah menarik perhatian pengguna media sosial, khususnya penggemar RC itu sendiri.

Hantaran tersebut telah menerima 335.8k jumlah tontonan. Selain itu, video tersebut turut meraih 13,5k likes dan 465 komen.

“Nama dia turbo racing jenis skala 1:76, harga pon sedap,” tulis pengguna TikTok.

Berdasarkan komen-komen pengguna yang lain, para peminat boleh mendapatkan kereta mainan kawalan jauh dengan menggunakan aplikasi e-dagang.

Secara purata, harga bagi satu model RC mini dalam lingkungan RM200 hingga RM290 mengikut model kereta yang dipilih.

BACA: Frasa Keramat Disalahguna, Azri Walter Jelaskan Maksud Sebenar ‘Sebab Boleh Dik’

Sumber: @jeffri696 via TikTok