Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul – Pakar Patologi

Athirah
Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh
Kredit: Bernama

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul – Pakar Patologi

KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) – Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.

Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak 1998, berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan kedudukan serta lokasi penemuan mangsa.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan pegawai pengendali kes, Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Dalam keterangannya semalam, Dr Hiu menjelaskan bahawa berdasarkan ketinggian dan kelebaran penghadang konkrit, ketinggian palang besi melintang, serta ketinggian mangsa sebelum kematian, adalah berkemungkinan untuk mangsa memanjat penghadang, melintasi palang besi berkenaan, dan berdiri di atasnya.

Pada prosiding hari ini, Dr Hiu turut mengesahkan beberapa gambar yang dikemukakan Badius Zaman, iaitu gambar diambil semasa demonstrasi di lokasi kejadian pada 2 Ogos oleh seorang pegawai perubatan yang membantunya dalam siasatan tersebut.

Artikel lanjut akan menyusul

BACA: Pengantin Berbangsa India Penuhi Hajat Ibu, Pilih Tema Kahwin Adat Melayu

Sumber: Bernama