Mungkin ada yang beranggapan bahawa penyakit darah tinggi adalah sejenis penyakit yang hanya akan dihidapi oleh golongan yang sudah berumur.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anggapan itu sebenarnya adalah tidak benar.
Ini kerana, golongan muda juga turut mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit ini.
Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, antara faktor yang membolehkan golongan muda menghidapi penyakit darah tinggi ini adalah kerana perubahan gaya hidup seperti kerap mengambil makanan segera dan kurang bersenam.
Justeru daripada itu, KKM ada berkongsikan tentang petua untuk mengawal tekanan darah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, rujuk infografik seperti berikut:
Petua Kawal Tekanan Darah
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Berhenti atau tidak merokok/e-rokok
Kurangkan pengambilan garam kepada 1 paras sudu teh sehari
Hadkan atau elakkan pengambilan minuman beralkohol
Mengurangkan tekanan atau stres
Dapatkan tidur yang berkualiti
Amalkan pemakanan sihat #SUKUSUKUSEPARUH
Mengurangkan berat badan