Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Grab Malaysia Tonjolkan Permata Kulinari Negara Melalui Teknologi, Bakat & Wira Harian

KULINARI

Grab Malaysia Tonjolkan Permata Kulinari Negara Melalui Teknologi, Bakat & Wira Harian

Bagi mempertingkatkan pengalaman pelancong sempena Visit Malaysia 2026, Grab Malaysia memperkukuh peranannya sebagai rakan kulinari dan perjalanan yang dipercayai rakyat dengan membantu pelancong menerokai warisan gastronomi Malaysia yang pelbagai, budaya yang kaya serta permata tempatan yang tersembunyi melalui akses yang lancar menerusi aplikasi Grab.

Melalui inisiatif seperti 5-Star Eats, Rakan Grab Jelajah Malaysia dan Pas Perjalanan Visit Malaysia 2026, Grab menghimpunkan para peniaga, pencipta kandungan dan rakan kerjasama untuk membawa pelbagai kisah serta pengalaman Malaysia kepada audiens tempatan dan antarabangsa.

"Visit Malaysia 2026 merupakan peluang untuk menampilkan yang terbaik tentang Malaysia kepada dunia, dan kami mahu menyumbangkan kekuatan serta kepakaran kami ke arah merealisasikan matlamat bersama ini. Melalui GrabFood dan panduan 5-Star Eats, kami berhasrat memudahkan pelancong serta pengguna harian meneroka dan menyokong rakan peniaga tempatan menerusi aplikasi Grab. Bersama kemudahan yang ditawarkan melalui platform kami serta pengetahuan dan pengalaman harian rakan pemandu, kami berharap dapat membantu lebih ramai orang menikmati makanan dan budaya Malaysia dengan cara yang lebih mudah diakses serta tulen."

"Sama ada untuk menemui hidangan yang tidak boleh dilupakan, meneroka mercu tanda budaya atau merancang perjalanan merentasi negara, Grab dapat membantu menjadikan pengalaman tersebut lebih lancar sambil meraikan anggota masyarakat dan perniagaan yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik," kata Rashid Shukor, Pengarah Kanan, Grab Malaysia.

Mengangkat Peniaga Tempatan sebagai Duta Warisan Makanan Malaysia

Makanan sering menjadi salah satu faktor utama yang mendorong pelancongan, di mana semakin ramai pelawat mencari pengalaman menjamu selera yang asli dan bercirikan tempatan apabila memilih destinasi untuk dikunjungi. Menyedari peralihan daripada buku panduan tradisional kepada platform digital sebagai sumber utama untuk mencari dan meneroka destinasi makanan, Grab membantu para pelancong menerokai landskap kulinari Malaysia melalui 5-Star Eats, Panduan Makanan Dalam Aplikasi bagi Malaysia.

Dikuasakan oleh jutaan penilaian dan ulasan sebenar pelanggan dari seluruh negara, 5-Star Eats mengubah kepercayaan pelanggan menjadi pengalaman penemuan makanan yang diyakini menerusi aplikasi Grab. Panduan ini membolehkan pelancong menemui restoran dan premis makanan yang menerima penilaian tinggi di seluruh negara, seterusnya membantu mereka menerokai kepelbagaian budaya makanan Malaysia sambil menikmati perjalanan yang lancar daripada penemuan hingga ke pengalaman menjamu selera.

Pengiktirafan menjadi teras 5-Star Eats. Inisiatif ini menyerlahkan peniaga tempatan berpenilaian tinggi yang sentiasa menawarkan kualiti serta perkhidmatan yang cemerlang, dan seterusnya mengangkat mereka sebagai duta warisan makanan Malaysia serta destinasi kulinari yang wajib dikunjungi. Dengan meningkatkan keterlihatan perniagaan ini, Grab memperkasa perusahaan kecil dan sederhana untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam landskap pelancongan gastronomi negara yang semakin berkembang.

Tersedia di seluruh negara, 5-Star Eats memperkukuh ekosistem kulinari tempatan sambil menyokong fokus Visit Malaysia 2026 terhadap gastronomi, budaya dan pengalaman tulen berciri tempatan. Antara peniaga yang diketengahkan termasuk Restoran Village Park (Petaling Jaya), Restoran Hameediyah (Kuala Lumpur), Restoran Mat Binjai (Kuala Terengganu), serta Borenos Fried Chicken dan A1 Chicken Rice (Kota Kinabalu). 

Rakan Grab Jelajah Malaysia: Menerokai Malaysia Melalui Perspektif ASEAN

Dibina atas kejayaan Rakan Grab Jelajah ASEAN pada tahun 2025, Grab Malaysia sekali lagi berganding bahu dengan Shahril Hamdan dan KS Lagi! untuk melancarkan Rakan Grab Jelajah Malaysia, sebuah siri kandungan tiga bahagian yang dihasilkan bagi menyokong Visit Malaysia 2026.

Siri ini menggabungkan rakan pemandu dan rakan penghantar Grab dari Thailand, Vietnam dan Indonesia untuk menerokai Kuala Lumpur, Terengganu and Sabah. Di sepanjang perjalanan, mereka mengalami tradisi, tempat-tempat menarik, cita rasa tempatan serta pengalaman budaya yang menjadikan setiap destinasi tersebut unik.

Fokus utama siri ini ialah pengiktirafan bahawa rakan pemandu dan rakan penghantar Grab merupakan antara individu yang paling arif tentang komuniti setempat mereka. Dengan mengangkat mereka sebagai duta budaya, Rakan Grab Jelajah Malaysia mengetengahkan bagaimana pengetahuan tempatan dan pengalaman peribadi mereka dapat membantu pelawat menemui kisah, tempat dan tradisi yang mungkin tidak terdapat dalam buku panduan pelancongan.

Melengkapi siri ini, Grab turut bekerjasama dengan pencipta kandungan Malaysia, Sofyank dan pasukannya untuk mengetengahkan keindahan, budaya dan pengalaman di Malaysia merentasi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kepada audiens yang lebih luas.

Bagi menyokong pengalaman ini, Pas Perjalanan Visit Malaysia 2026 direka untuk membantu pengembara antarabangsa menjelajah seluruh negara dengan lebih mudah, di samping seluruh ekosistem Grab merangkumi mobiliti, penghantaran makanan dan perkhidmatan digital yang menawarkan kemudahan penerokaan tempat-tempat menarik tersembunyi serta cita rasa tempatan Malaysia di hujung jari.

"Malaysia istimewa berlandaskan kepelbagaian pengalaman yang ditawar, daripada makanan ke budaya sehinggalah kepada keramahan rakyat. Melalui para peniaga, rakan kerjasama dan pencipta kandungan, kami berharap lebih ramai orang akan terdorong untuk menerokai Malaysia," ulas Rashid.

Episod baharu Rakan Grab Jelajah Malaysia berdurasi 10 minit akan tersedia bermula 24 Jun 2026 melalui platform media sosial Instagram @grabmy dan Tiktok @grabmy. Sementara itu, tonton video Sofyank di akaun Instagram @sofyank96 dan Tiktok @sofyank96 mulai 22 Jun 2026.