Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Graduan UiTM Kini Rebutan Majikan Di Pasaran Kerja
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatatkan kejayaan membanggakan apabila merekodkan kadar kebolehpasaran graduan (Graduate Marketability/GM) tertinggi sejak tahun 2008 iaitu 92.6%. Pada masa yang sama, kadar bekerja graduan (Graduate Employability/GE) turut mencapai 92.1%.
Pencapaian bersejarah ini adalah hasil dapatan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2024 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), melibatkan graduan Sidang Konvokesyen ke-100 dan ke-101 dengan kadar respons 95.6% daripada keseluruhan 52,649 graduan.
Data kajian turut menunjukkan peningkatan jumlah graduan UiTM yang menikmati gaji permulaan melebihi RM4,000 sebulan.
Tahun 2024 merekodkan 9.3% graduan dengan gaji permulaan tersebut, berbanding hanya 7.6% pada tahun sebelumnya.
Pada masa sama, peluang graduan UiTM dalam syarikat multinasional (MNC) juga terus berkembang. Sebanyak 16.3% graduan berjaya menempatkan diri dalam MNC, meningkat daripada 4,812 orang pada 2023 kepada 5,037 pada tahun ini.
Selain itu, jumlah graduan UiTM yang mengembangkan kerjaya di luar negara turut meningkat daripada 128 orang (2023) kepada 160 orang (2024), sekali gus mengharumkan nama universiti di pentas antarabangsa.
UiTM juga berbangga dengan pertambahan 1,609 graduan yang memilih bidang keusahawanan dan kerjaya bebas (freelance). Menariknya, 500 daripadanya berjaya bergelar majikan dengan mencipta peluang pekerjaan baharu untuk masyarakat.
Daripada 447 program akademik yang ditawarkan, 180 program UiTM mencapai GE 100%, manakala 151 lagi mencatatkan GE melebihi 90%.
Kejayaan ini membuktikan program akademik UiTM kekal relevan dengan keperluan industri dan pasaran kerja semasa.
Sebagai universiti yang menyumbang hampir 40% graduan IPTA dan 20% daripada jumlah keseluruhan graduan IPT negara, UiTM terus menjadi pemacu utama dalam melahirkan tenaga kerja berkualiti serta berdaya saing tinggi.
Kejayaan ini menurut UiTM tidak akan tercapai tanpa sinergi seluruh ekosistem universiti. Ini termasuk ICAN, HEA, HEP, TRU, pengurusan fakulti, kampus cawangan serta pasukan GE di seluruh negara.
Dalam pada itu, UiTM turut merakamkan penghargaan kepada rakan industri dan alumni yang terus menyokong graduan melalui peluang kerjaya serta program pembangunan profesional.
Selari dengan 7 Fokus Utama KPT, UiTM menegaskan komitmennya untuk terus melahirkan bakat terbaik negara yang bukan sahaja diterima industri tempatan, malah mampu bersaing di peringkat global.
BACA: Ramai Terkejut, Lagu “UiTM Di Hatiku” Dinyanyikan Live Di Majlis Konvokesyen UiTM
BACA: Tour Guide Percuma? 5 Aplikasi Travel Ini Jawapannya
BACA: Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh “Start”? Mekanik Dedah Punca
Sumber: UiTM Official