Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ramai Terkejut, Lagu “UiTM Di Hatiku” Dinyanyikan Live Di Majlis Konvokesyen UiTM
Setiap universiti lazimnya mempunyai lagu rasmi yang menjadi simbol kebanggaan serta identiti warga kampus. Lagu ini bukan sekadar alunan muzik, tetapi turut melambangkan semangat perjuangan para pelajar dan alumni.
Maka tidak hairanlah, setiap kali majlis konvokesyen berlangsung, nyanyian lagu universiti sering menjadi momen penuh emosi yang dinanti-nantikan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menerusi akaun @rhapsodyrising4you yang memaparkan suasana di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dalam video tersebut, kumpulan koir UiTM mempersembahkan lagu rasmi “UiTM di Hatiku” dengan penuh harmoni, menjadikan suasana majlis lebih istimewa daripada biasa.
Menariknya, ramai menyangka nyanyian tersebut hanyalah rakaman playback. Namun, rupa-rupanya persembahan itu adalah nyanyian secara langsung oleh kumpulan koir Rhapsody Rising, sekali gus mengejutkan para penonton.
Lebih istimewa, difahamkan bahawa persembahan itu hanya dipersembahkan pada sidang pertama konvokesyen.
Kelunakan suara serta keharmonian kumpulan koir tersebut membuatkan ramai penonton terpegun.
Malah, ada yang tidak percaya ia nyanyian secara langsung kerana kualiti vokalnya begitu baik dan kedengaran seolah-olah rakaman studio.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji persembahan koir UiTM itu.
Mereka meluahkan rasa kagum terhadap bakat yang ditampilkan, malah ada yang sebak dan bangga menyaksikan nyanyian lagu rasmi universiti tersebut.
“Patutlah meremang sangat bila dengar time konvo, live rupanya.”
“Tak taulah, bila dengar je terus meremang macam ada satu aura lagu UiTM ni.”
“Actually, banyak-banyak lagu universiti i dengar, meremang kalau dengar UiTM punya like in a good way.”
“Walaupun bukan student UiTM, bagi saya lagu UiTM lagu universiti yang paling best.”
“Bila dengar lagu UiTM anthem ni, tahu-tahu mata dah berkaca. Bait-bait lirik dia agak mendalam for me plus dengan melodinya lagi.”
“Lagu ni 1001 makna bagi saya. Setiap kali konvo menyanyi lagu ni, auto sebak. Tahan air mata, tak boleh teruskan nyanyi.”
BACA: Selalu Jumpa Di Masjid, Lelaki Sebak Ucap Selamat Tinggal Kepada Pakcik Di AS
BACA: Lelaki Turki Ini Kongsi Sebab Kenapa Bangga Pakai Perodua Axia
BACA: Borussia Dortmund Curi Tumpuan Ramai, Lukis Bendera Jalur Gemilang
Sumber: @rhapsodyrising4you via TikTok