Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

GSC Rayu Pawagam Dibuka Semula, Ini Respon Menteri Komunikasi “InsyaAllah,…Tidak Lama Lagi”

Pasti ramai diantara kita yang rindu nak menonton filem di pawagam bukan?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan, panggung wayang di seluruh Malaysia terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Sejak dari itu, orang ramai khususnya penggemar filem terpaksa melupakan hasrat mereka untuk keluar mengunjungi pawagam bagi menonton filem kegemaran mereka.

Namun pada baru-baru ini, syarikat panggung wayang terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) ada mengutarakan suara orang ramai yang mahukan panggung wayang turut disenaraikan di dalam sektor ekonomi yang boleh beroperasi.

Pihak GSC melalui hantaran akaun Twitter rasminya telah menyeru kepada orang ramai supaya menyatakan kehendak mereka untuk membuka panggung wayang tersebut.

Ianya dibuat susulan ciapan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyeru orang ramai supaya menyatakan harapan dan cadangan kepadanya.

Ekoran menerima banyak permintaan supaya kerajaan membenarkan panggung wayang di Malaysia dibuka semula, beliau pada hari ini telah menyatakan satu berita positif buat kaki wayang di Malaysia.

“Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke MKN bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif.

“InsyaAllah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi,” tulisnya.

Berikutan daripada ciapannya itu, beberapa syarikat panggung wayang di Malaysia berbesar hati dan berterima kasih kepadanya kerana mendengar keluhan dan cadangan yang diajukan oleh orang ramai.

Sumber: Annuar Musa