Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guna Kamera Tahun 1930, Jurugambar Rakam Piala Dunia Dengan Cara Berbeza

Guna Kamera Tahun 1930
Kredit: @Fareed_kotb

Guna Kamera Tahun 1930, Jurugambar Rakam Piala Dunia Dengan Cara Berbeza

Piala Dunia 2026 kini hanya berbaki kira-kira seminggu lebih sebelum melabuhkan tirainya.

Edisi kali ini menyaksikan pelbagai momen-momen menarik yang menjadi sensasi di seluruh dunia.

Namun, di sebalik siaran dan laporan mengenai kejohanan itu, petugas media tentunya bertungkus lumus memberikan yang terbaik demi penonton-penonton di rumah.

Setiap sudut rakaman dan gambar yang diambil melalui lensa kamera mempunyai cerita yang tersendiri.

Guna kamera tahun 1930

Baru-baru ini, tular mengenai seorang jurugambar di kejohanan itu apabila telah menggunakan kamera yang dipercayai dicipta pada tahun 1930.

Lebih menarik, tahun itu juga menyaksikan penganjuran edisi pertama Piala Dunia yang diadakan di Uruguay. Justeru, kamera itu mempunyai makna yang tersendiri.

Kredit: @Fareed_kotb

Menerusi perkongsian di Instagram, @Fareed_kotb berkata selepas membuat liputan dua Piala Dunia sebelum ini, dia ingin menampilkan kelainan pada edisi 2026.

"Saya mahu liputan saya yang ketiga ini berbeza, jadi saya memilih untuk mendokumentasikannya dengan kamera yang dibuat pada tahun 1930.

"Ia merupakan tahun yang sama Piala Dunia pertama dianjurkan," katanya.

Kredit: @Fareed_kotb

Orang ramai tak sabar tunggu hasilnya

Dia juga berkata filem bagi kamera itu masih menunggu untuk dicuci dan hasilnya masih belum dapat disaksikan.

Warga maya meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan hasil daripada kamera itu.

"Tak sabar nak tengok gambar-gambar awak"

"Gembira sebab kita perlu tunggu filem itu dicuci"

“Fareed, awak buat hari saya jadi lebih bermakna. Dalam dunia serba digital, AI dan VAR hari ini, kita sebenarnya makin perlukan perkara yang perlahan, proses menunggu dan rasa analog”

"Luar biasa! Sesuatu yang berbeza dan tidak dijangka oleh orang ramai"

Kredit: @Fareed_kotb

Terdahulu, jurugambar dari Mesir itu menarik perhatian selepas 'kelibatnya' bersama kamera dapat dilihat ketika perlawanan antara Switzerland dan Colombia.

Sumber:Instagram