Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mesir Fail Bantahan Rasmi Terhadap FIFA

Mesir
Kredit: EFA

Mesir Fail Bantahan Rasmi Terhadap FIFA

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) secara rasmi mengemukakan aduan kepada FIFA susulan kekalahan dramatik 2-3 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 Piala Dunia 2026.

Ia susulan beberapa insiden dan keputusan yang dianggap berat sebelah sehingga menjejaskan peluang negara itu mara ke suku akhir.

Dalam kenyataan itu, EFA, pihaknya berkata tidak boleh berdiam diri berhubung keputusan pengadil yang disaksikan semasa perlawanan itu.

Ia serta kegagalan memanfaatkan sistem Pembantu Pengadil Video (VAR) dengan sewajarnya.

"Beberapa insiden penting telah menimbulkan kebimbangan serius dan meninggalkan persoalan mendalam tentang ketekalan (konsistensi) serta keadilan keputusan yang secara langsung mempengaruhi perjalanan perlawanan tersebut.

"Sebilangan pakar bola sepak dan penganalisis khusus, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, telah mengetengahkan insiden-insiden pengadilan yang kontroversial dan berpengaruh sepanjang perlawanan itu.

"Ini menekankan betapa pentingnya mengekalkan standard integriti, keadilan, dan ketelusan yang tertinggi dalam pengendalian perlawanan, terutamanya dalam kejohanan yang mempunyai prestij dan kepentingan sebesar Piala Dunia FIFA 2026," maklum kenyataan itu.

Tambah EFA, pihaknya sentiasa menghormati prinsip permainan bersih (fair play), integriti kesukanan, dan rasa hormat terhadap perlawanan.

"Prinsip yang sama ini menuntut agar semua pasukan bertanding atas dasar yang saksama dan menerima layanan yang sama rata.

"Apa yang berlaku semasa perlawanan tersebut sememangnya telah mencetuskan kekecewaan yang meluas dalam kalangan pemain, kakitangan, dan penyokong kami, yang mengharapkan standard pengadilan tertinggi di pentas terbesar bola sepak dunia.

"Mempertahankan hak dan kepentingan pasukan kebangsaan Mesir bukanlah satu perkara yang boleh diabaikan, dipandang remeh, atau dianggap sebagai perkara sampingan. Ia adalah satu tanggungjawab yang kami pikul dengan penuh keyakinan dan keazaman," katanya lagi.

Tambah badan bolasepak negara itu, setiap pemain yang menyarung jersi Mesir, dan setiap penyokong yang berdiri di belakang pasukan ini, berhak mendapatkan keadilan, penghormatan, dan penguatkuasaan undang-undang permainan yang saksama.

Walaupun keputusan perlawanan kini telah menjadi sebahagian daripada sejarah, kebanggaan kami terhadap pasukan ini tetap tidak berubah.

Keberanian, komitmen, dan semangat juang mereka sepanjang kejohanan ini telah meraih penghormatan serta mencerminkan nilai-nilai sebenar bola sepak Mesir

Dalam pada itu, EFA turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pemain, peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu pada Mesir sepanjang kejohanan ini.

"Sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh jutaan rakyat Mesir, sama ada di tanah air mahupun di seluruh dunia, menjadi sumber kebanggaan dan motivasi yang amat besar buat para pemain serta delegasi kami.

"Pasukan kebangsaan telah mewakili Mesir dengan penuh maruah, keazaman, dan keberanian, serta mempamerkan aksi yang mencerminkan semangat dan jati diri bangsa kami," katanya.