Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

Guru Cetak e-RPH kpm
Gambar: Bernama

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

PUTRAJAYA, 1 Mei (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian (e-RPH) setiap minggu.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata bagaimanapun, guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan.

“Saya mendengar pendapat dan luahan guru mengenai arahan untuk mencetak e-RPH pada setiap minggu.

“Setelah membuat pertimbangan, saya dapati tiada keperluan untuk berbuat demikian dan telah mengarahkan supaya arahan untuk mencetak e-RPH seperti dalam soalan lazim berkenaan ditarik semula serta-merta,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi KPM hari ini.

Azman berkata KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kebakaran Hutan: Israel Minta Bantuan Luar

BACA: PM Lancar Kad Pekerja MADANI, Sejuta Pekerja Bakal Nikmati Diskaun Perkhidmatan