Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

GWM Malaysia Perluaskan Ekosistem Mobiliti Dengan ORA 5 HEV & HAVAL H7 Hi4 PHEV

GWM

GWM Malaysia Perluaskan Ekosistem Mobiliti Dengan ORA 5 HEV & HAVAL H7 Hi4 PHEV

GWM Malaysia hari ini memperkenalkan babak baharu bagi portfolio ORA dan HAVAL di KLIMS 2026 sebagai sebahagian daripada pameran menyeluruh yang mencerminkan falsafah mobiliti global jenama ini dalam menawarkan kenderaan, teknologi dan rangkaian kuasa yang tepat untuk memenuhi pelbagai keperluan perjalanan serta situasi pemanduan rakyat Malaysia.

Selaras dengan tema penyertaan GWM Malaysia di KLIMS 2026, “For Every User, For Every Journey”, pratonton ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV menyerlahkan evolusi kedua-dua jenama tersebut dengan peranan yang semakin jelas dalam ekosistem mobiliti GWM yang merangkumi pelbagai jenama dan pelbagai pilihan rangkaian kuasa.

Cui Anqi, Pengarah Urusan, Hal Ehwal Korporat, GWM Malaysia berkata, “Landskap mobiliti di Malaysia semakin pelbagai, dengan pengguna kini memilih kenderaan berdasarkan gaya hidup, tujuan penggunaan dan keutamaan peribadi masing-masing. ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV mencerminkan perubahan ini, sekali gus memperkukuh peranan setiap jenama dalam ekosistem GWM serta mengukuhkan pendekatan kami yang lebih jelas dan terarah terhadap mobiliti berelektrifikasi untuk pasaran Malaysia.”

ORA 5 HEV: Mobiliti Hibrid Berteraskan Reka Bentuk untuk Gaya Hidup Bandar yang Terhubung

Menjadi tumpuan utama pratonton ini ialah ORA 5 HEV, sebuah crossover urban kompak yang merupakan sebahagian daripada peluasan mobiliti masa hadapan ORA di Malaysia. ORA 5 HEV dikuasakan oleh sistem hibrid pintar baharu GWM menerusi teknologi Hi2. Huruf “H” mewakili Hybrid, “i” merujuk kepada Intelligent, manakala angka “2” melambangkan keupayaan sistem ini untuk menawarkan dua manfaat utama secara serentak, iaitu kecekapan bahan api yang cemerlang dan prestasi yang mantap. Direka untuk mengurangkan keperluan memilih antara penjimatan dan keseronokan pemanduan, sistem Hi2 ini menggabungkan penggunaan bahan api yang rendah dengan prestasi pemanduan yang responsif dalam satu pakej.

Dengan kuasa maksimum 223 PS dan tork 476 Nm, ORA 5 HEV mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.7 saat sambil mengekalkan penggunaan bahan api yang mengagumkan pada kadar 4.4L/100 km. Digabungkan dengan jarak pemanduan melebihi 1,100 km, model ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk perjalanan harian di bandar mahupun perjalanan antara bandar yang lebih jauh. Dengan dimensi 4,471 mm panjang, 1,833 mm lebar dan 1,641 mm tinggi serta jarak roda 2,720 mm, ORA 5 HEV menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa sambil mengekalkan saiz kompak yang mesra untuk penggunaan bandar.

Memperkukuh lagi kredibiliti globalnya, ORA 5 telah menerima pengiktirafan berprestij “Design of the Year” di London Design Awards 2025, sekali gus menjadi kenderaan pengeluaran pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tersebut.

Model ini turut meraih pengiktirafan GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi kategori penggunaan bahan api terendah oleh SUV hibrid pengeluaran yang dipandu merentasi pelbagai perbandaran di China, dengan mencatatkan penggunaan bahan api gabungan serendah 3.74L/100 km sepanjang cabaran pemanduan dunia sebenar sejauh 3,004 km.

ORA 5 HEV mencerminkan evolusi jenama ORA di bawah ONE GWM, memperluaskan portfolio mobilitinya sambil mengekalkan identiti yang berteraskan reka bentuk, teknologi pintar dan inovasi yang menjadi ciri utama jenama tersebut.

Elemen reka bentuk ikonik seperti lampu hadapan berinspirasikan titisan air, lampu belakang dengan rekaan tersembunyi serta rim aerodinamik berinspirasikan kelopak bunga menyerlahkan identitinya yang ekspresif dan berteraskan gaya hidup. Pada masa yang sama, peranannya yang lebih luas turut menandakan evolusi ORA ke arah ekosistem mobiliti yang lebih pintar, saling terhubung dan bersedia untuk masa hadapan di bawah ONE GWM.

Disasarkan kepada golongan profesional muda, pasangan serta pengguna bandar yang sentiasa terhubung, ORA 5 HEV direka untuk rakyat Malaysia yang mencari lebih daripada sekadar sebuah SUV kompak konvensional, dengan menawarkan pengalaman mobiliti yang bergaya, pintar dan berorientasikan gaya hidup. Model ini terus memperkukuh kedudukan ORA sebagai jenama mobiliti yang berteraskan reka bentuk dan teknologi dalam keseluruhan portfolio GWM.

HAVAL H7 Hi4 PHEV: Pengembaraan Berelektrifikasi Tanpa Kompromi

Turut dipratonton oleh GWM Malaysia ialah HAVAL H7 Hi4 PHEV, sebuah SUV off-road urban berteknologi tenaga baharu yang mencerminkan hala tuju masa hadapan HAVAL dalam segmen SUV berelektrifikasi di Malaysia. Dikuasakan oleh teknologi Hi4 milik GWM, model ini menghasilkan kuasa maksimum 370 PS dan tork 750 Nm, sekali gus membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 6.2 saat. Dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 150 km (CLTC) serta jarak pemanduan gabungan melebihi 1,000 km, HAVAL H7 Hi4 PHEV menggabungkan kecekapan elektrifikasi dengan prestasi yang meyakinkan untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Dengan dimensi 4,800 mm panjang, 1,950 mm lebar dan 1,843 mm tinggi serta jarak roda 2,738 mm, HAVAL H7 Hi4 PHEV menawarkan kehadiran jalan raya yang menyerlah serta pengalaman kabin yang luas dan selesa. Menggunakan bahasa reka bentuk SUV berkotak yang berani, model ini menampilkan gril hadapan berbentuk segi empat yang diinspirasikan kubu pertahanan, lampu utama segi empat berinspirasikan struktur tanggam dan pasak (mortise-and-tenon), serta lampu belakang berinspirasikan potongan kristal. Kesemua elemen ini menggabungkan karakter lasak dengan sentuhan premium yang sofistikated, sekali gus mewujudkan identiti SUV off-road urban yang tersendiri.

Di sebalik reka bentuk yang menonjol dan prestasi elektrifikasi yang mengagumkan, HAVAL H7 Hi4 PHEV turut dibangunkan dengan keupayaan SUV sebenar. Ia dilengkapi dengan sudut pendekatan 25 darjah, sudut pelepasan 32 darjah, sudut breakover 20.1 darjah, kedalaman redah air maksimum 580 mm serta kunci pembeza belakang kawalan elektronik. 

Keupayaan ini membolehkannya mengharungi pelbagai keadaan pemanduan dengan yakin tanpa menjejaskan keselesaan, kemasan premium dan kepraktisan untuk kegunaan harian. Direka untuk golongan profesional bandar, keluarga muda dan pembeli SUV berorientasikan pengembaraan, HAVAL H7 Hi4 PHEV menggabungkan karakter lasak, teknologi hibrid termaju dan kepelbagaian penggunaan dalam satu pakej lengkap, menawarkan keseimbangan ideal antara pemanduan harian di bandar dan aktiviti hujung minggu.

Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia berkata, “Apa yang menjadikan pratonton ini penting bukan sekadar produk yang diperkenalkan, tetapi juga hala tuju yang ditunjukkannya untuk portfolio kami di Malaysia. ORA 5 HEV mewakili mobiliti yang saling terhubung dan berteraskan gaya hidup, manakala HAVAL H7 Hi4 PHEV memperluaskan penawaran SUV kami ke arah segmen yang lebih berfokus kepada elektrifikasi dan kepelbagaian fungsi.

Kedua-dua model ini menunjukkan bagaimana GWM sedang membangunkan ekosistem mobiliti yang lengkap dan berbeza, disesuaikan dengan cara rakyat Malaysia hidup, bergerak dan meneroka.”

Ekosistem Mobiliti Lengkap untuk Setiap Perjalanan Rakyat Malaysia

Selain pratonton ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV, pameran GWM Malaysia di KLIMS 2026 turut menampilkan pelbagai model yang merangkumi mobiliti bandar, keselesaan keluarga, keselamatan, kemewahan serta keupayaan pengembaraan, termasuk HAVAL H6 HEV, WEY G9 Hi4 PHEV, TANK 300 HEV yang baharu diperkenalkan, TANK 500 HEV serta ORA GOOD CAT EV.

Secara keseluruhannya, pameran ini mencerminkan visi GWM yang lebih luas dalam menawarkan ekosistem mobiliti lengkap bagi memenuhi pelbagai gaya hidup dan keperluan perjalanan rakyat Malaysia.

GWM Malaysia turut menampilkan pelbagai pengalaman interaktif yang direka untuk meningkatkan penglibatan pengunjung serta pemahaman terhadap produk. Antaranya termasuk sesi pandu uji, pameran teknologi, permainan interaktif, cabutan bertuah, ganjaran tempahan eksklusif, sajian ringan percuma serta aktiviti komuniti pemilik sepanjang acara berlangsung.

Pengunjung juga berpeluang merasai sendiri keupayaan barisan model GWM TANK menerusi laluan halangan off-road khas yang akan berlangsung dari 12 hingga 14 Jun 2026, di mana peserta dapat mengalami sendiri prestasi off-road kenderaan serta teknologi pacuan empat roda termaju yang ditawarkan.

Bermula pada 11 Jun 2026 sempena Hari Media dan dibuka kepada orang ramai dari 12 hingga 21 Jun 2026, pengunjung dijemput untuk melihat sendiri rangkaian model GWM, meneroka inovasi berteraskan teknologi yang ditawarkan serta memahami bagaimana jenama ini terus mentakrif semula mobiliti untuk setiap perjalanan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, ikuti GWM Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai acara ini.