Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

HABIB Lancar Koleksi Wafer Emas Hidupan Liar Keempat, Tanda Sokongan Terhadap Zoo Negara

Syamimi

HABIB Lancar Koleksi Wafer Emas Hidupan Liar Keempat, Tanda Sokongan Terhadap Zoo Negara

Jenama barangan kemas terunggul Malaysia, HABIB dengan bangganya mengumumkan pelancaran Koleksi Eksklusif Wafer Emas HABIB x Zoo Negara 999.9 yang memaparkan empat haiwan ikonik termasuk Panda, Beruang Matahari, Tapir dan Harimau Kumbang.

Keluaran istimewa yang bakal dikeluarkan pada 24 Oktober di semua bilik pameran dan mengangkat keagungan habitat haiwan liar menerusi reka bentuk unik wafer emas yang diperbuat daripada emas tulen 999.9.

Ketelitian reka bentuk diinspirasi oleh habitat semulajadi setiap haiwan tatkala mereka berada pada tahap kemuncak mereka. Rekaannya bermula dengan ketenangan pagi bersama si Panda diikuti dengan keceriaan tengah hari bersama si Beruang Matahari. Si Tapir menyelusuri tatkala senja menjelma dan rekaan koleksi ini berakhir dengan kelibat si Harimau Kumbang dalam kegelapan malam.

Setiap wafer emas mengangkat haiwan-haiwan yang hebat dan agung ini serta memupuk kesedaran akan keperluan kritikal untuk memulihara haiwan-haiwan liar di Malaysia. Koleksi ini bukan sahaja sebuah tanda penghargaan tetapi satu hebahan akan tanggungjawab kita bersama dalam pemuliharaan kehidupan liar.

HABIB turut mengumumkan derma sebanyak RM100,000 kepada Zoo Negara, zoo kebangsaan dan institusi utama dalam pemuliharaan habitat liar. Derma ini akan menyokong pemuliharaan dan penjagaan berterusan haiwan-haiwan di zoo dengan pengkhususan terhadap penjagaan Badak Sumbu Putih termasuk Ell, Ella dan Eli. Langkah tersebut penting dalam menjaga spesies terancam ini.

Sempena kejayaan kempen ‘HABIB for Zoo Negara – Save our Animals’ pada tahun 2020, kerjasama HABIB bersama Zoo Negara menjadi bukti kesungguhan syarikat dalam memulihara habitatsemulajadi haiwan liar negara serta menyumbang terhadap usaha-usaha pemuliharaan ini.

“Koleksi wafer emas ini mengangkat keindahan dan kekuatan kehidupan liar di dalam habitat semulajadi mereka. Menerusi kerjasama dengan Zoo Negara dan penajaan Badak Sumbu Putih, kami menguatkan lagi komitmen serta memberi inspirasi kepada semua untuk bersama-sama memulihara haiwan-haiwan ini demi generasi yang akan datang,” ujar Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer Habib.

Koleksi Wafer Emas 999.9 HABIB x Zoo Negara ini menawarkan cara unik untuk menghubungkan penggemar-penggemar wafer emas dan para pengiat habitat kehidupan liar sambil menyokong inisiatif-inisiatif pemuliharaan yang penting.

Pelancaran ini sejajar dengan kempen terkini HABIB iaitu Pesta Emas yang kini berlangsung di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai wafer emas serta usaha pemuliharaan oleh HABIB, kunjungi laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB seperti Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).