HABIB Perkukuh Jejak Di Sabah Dengan Pelancaran Rasmi Bilik Pameran Imago
HABIB, jenama barangan kemas terkemuka Malaysia, secara rasmi melancarkan bilik pameran HABIB di Imago Shopping Mall, yang disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin hari ini.
Tarikh yang berdekatan dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada 31 Ogos, menjadikan pelancaran ini lebih bermakna kerana ia bukan sahaja menandakan perkembangan terbaharu HABIB di Sabah, malah mencerminkan perjalanan panjang serta komitmen berterusan jenama ini dalam mendekatkan koleksi barangan kemas berkualiti, seni pertukangan yang halus dan pengalaman istimewa kepada pelanggan di Malaysia Timur.

“Sabah terkenal dengan kekayaan budaya serta penghargaan mendalam terhadap seni, tradisi dan hasil pertukangan, selari dengan nilai yang sentiasa dititikberatkan oleh HABIB. HABIB mula mengorak langkah di Sabah menerusi pameran barangan kemas di Hotel Hyatt Sabah, kira-kira 35 tahun yang lalu. Pada ketika itu, kami berulang-alik membawa barangan kemas dari Kuala Lumpur ke Sabah untuk menyertai pameran, setiap dua ke tiga bulan sekali. Dari situ, hubungan kami dengan pelanggan di Sabah mula berkembang, dan kami berpeluang mengenali mereka dengan lebih dekat.
Kemudian, pada tahun 2008, kami mengambil satu langkah besar dengan membuka bilik pameran pertama HABIB di Sabah, di One Borneo. Jadi, apabila saya melihat HABIB Imago hari ini, saya berasa amat terharu. Bagi saya, ini bukan sekadar perasmian sebuah bilik pameran, tetapi merupakan satu lagi fasa dalam perjalanan panjang dan cerita kami bersama Sabah yang telah bermula sejak 35 tahun yang lalu,” ujar Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.

Sepanjang tempoh tersebut, HABIB terus memperkukuh hubungan bersama masyarakat setempat serta berkembang seiring dengan perubahan pasaran dan keperluan pelanggan.
Hubungan yang telah terjalin bersama masyarakat Sabah kekal menjadi sesuatu yang amat bermakna buat HABIB. Hubungan ini menjadi sebahagian penting daripada perjalanan HABIB di Sabah dan terus menjadi asas kepada komitmen untuk berkembang bersama pelanggan di Malaysia Timur.

Terletak di Imago Shopping Mall, salah satu destinasi gaya hidup utama di Sabah, HABIB Imago menawarkan ruang eksklusif untuk pelanggan meneroka pelbagai koleksi barang kemas. Bilik pameran ini menampilkan koleksi istimewa HABIB termasuk Oro Italia 916, barang kemas berlian serta koleksi batu permata, di samping menyediakan khidmat rundingan peribadi dan perkhidmatan selepas jualan.
Selain pelanggan tempatan, HABIB Imago turut mengalu-alukan kunjungan pengunjung dari seluruh Malaysia serta pelancong antarabangsa, sejajar dengan kedudukan Imago sebagai destinasi gaya hidup yang menarik pengunjung tempatan dan luar negara.

Sempena pelancaran rasmi HABIB Imago, bilik pameran ini mencerminkan komitmen berterusan HABIB dalam mendekatkan seni pertukangan barang kemas kepada pelanggan di seluruh Malaysia, sambil meraikan kepelbagaian budaya dan komuniti yang membentuk identiti negara.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi @habibjewelsofficial di Instagram dan TikTok serta @HABIB di Facebook.
