Misi menyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan seorang anak kecil berusia 5 tahun yang terperangkap sedalam 10 meter (33 kaki) di sebuah perigi di wilayah Zabul, selatan Afganistan.
Terkini, kanak-kanak tersebut dilaporkan tidak berkomunikasi sejak semalam dipercayai keletihan dan tertidur.
BACA: (Video) “Cakap Dengan Ayah, Jangan Menangis,” Raungan Haidar Di Bawah Perigi Undang Pilu
Sepasukan doktor dikatakan telah berada di situ bagi memberikan bantuan oksigen dan perubatan kepada mangsa dengan kadar segera sejurus dikeluarkan.
Pada masa ini, pasukan penyelamat juga sudah tidak menggunakan mesin jentolak sebaliknya menggunakan peralatan tangan untuk menggali bagi mengelakkan sebarang risiko kepada kanak-kanak tersebut.
BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar
Wartawan tempatan, Payhkar turut melaporkan bahawa operasi menyelamat terhenti seketika kerana terdapat batu yang menghalang antara kanak-kanak tersebut.
Operasi menyelamat kini telah memasuki fasa akhir dan semakin menghampiri lokasi kanak-kanak berkenaan terperangkap.
Sumber: Pyhkar, Sharafatweyar