Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Haikal Hallo Fightlab TKO
Gambar: BERNAMA

Haikal Hallo Fightlab Tumbangkan Nong Ice Rodtang Dengan TKO

Hannah

Haikal Hallo Fightlab Tumbangkan Nong Ice Rodtang Dengan TKO

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Tenang dan berfikiran positif menjadi kunci kejayaan peninju Hallo Fightlab Mohd Haikal Salami ke atas lawannya dari Thailand Nong Ice Rodtang menerusi Tecnical Knockout (TKO) pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2024 King of the Ring, malam tadi.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Kedah yang mengakui pada mulanya agak gementar namun berjaya menenangkan diri dan yakin beliau mampu menewaskan adik kepada juara ONE Championship Rodtang Jitmuangnon pada pertemuan pertama mereka.

Gambar: BERNAMA

“Saya sangat bersyukur sebab segala usaha membuahkan hasil (dan dapat TKO pada pusingan ketiga daripada lima). Target saya nak ke tahap lebih tinggi seperti ONE Championship (namun) saya tahu agak mencabar sebab kena latihan 24 jam.

“Macam sekarang masih bersekolah jadi saya aturkan jadual. Pagi fokus belajar dan dalam 4 petang mula berlatih. Memang kena disiplin diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas membawa pulang tali pinggang tajaan ICU/JPM dan Radio Era selepas memenangi saingan berlangsung di Stadium Titiwangsa.

Menceritakan latar belakangnya, anak kedua daripada enam beradik itu berkata beliau mula menceburi sukan Muay Thai sejak berusia sembilan tahun dan mendapat bimbingan daripada bapanya Salami Nayan, 48, yang juga seorang guru Muay Thai di Felda Teloi Timur, Sik, Kedah.

BACA: Pasukan MLBB Malaysia Muncul Juara Dunia

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan meluahkan rasa bangga atas kejayaan Mohd Haikal dan berharap beliau mampu menyinar seperti Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo Ghazali yang telah meraih pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara.

“Insya-Allah, saya juga akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk bawa atlet-atlet kita,” katanya.

Sementara itu, peninju Kelab Kuda Merah PDRM Mohd Rais Mohd Junaidi mengalahkan Mohd Juwaidi Abd Wahab yang mewakili Urat Merah Naratiwat Thailand untuk mengungguli saingan Belt Pulapol dan Celcius menerusi kemenangan mata.

Gambar: BERNAMA

Beliau berkata strategi yang digunakan ialah dengan menguji kemampuan lawan pada pusingan pertama sebelum menunjukkan keupayaannya pada set kedua dan hanya menjaga mata yang diperoleh pada set terakhir.

“Kemenangan ini saya dedikasikan kepada ketua jurulatih Kuda Merah, Rosli Yaacob yang akan bersara pada Isnin (18 Nov) ini. Kelima-lima penyertaan semua bawah dia dan empat kali berturut-turut menang.

“Tidak lupa juga kepada pengurus pasukan yang banyak bantu kewangan dan latihan. Selepas ini saya berharap dapat mewakili Malaysia dalam Sukan SEA,” katanya.

BACA: Masters Jepun: Jun Hao Tewaskan Juara All England 2024 Untuk Melangkah Ke Pentas Final

BACA: Jake Paul Tewaskan Mike Tyson

Sumber: BERNAMA