Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hampir 40 Tahun Berlalu, Hubungan Dua Sahabat Kekal Utuh Sejak 1987

Dua Sahabat sejak 1987
Kredit: Threads @thechinjenny
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Persahabatan yang terjalin sejak sekian lama dan kekal utuh walaupun masa berlalu pastinya menjadi impian ramai.

Lebih menyentuh hati apabila terpisah bertahun-tahun, namun apabila kembali bertemu, kemesraan yang terjalin masih terasa seperti dahulu.

Begitulah kisah Jenny bersama rakan baiknya, Hasliza yang sudah menjalin ikatan persahabatan hampir 40 tahun, sejak mereka berusia 7 tahun.

Menerusi satu hantaran di Threads, Jenny berkata dia dan Hasliza menjadi sahabat baik sejak pertama kali bertemu ketika Darjah 1 di SK Jalan Pasar 2.

Menurutnya, walaupun berdepan perbezaan bahasa, mereka sudah serasi sejak awal perkenalan sehingga persahabatan mereka mula terjalin.

Hubungan Dua Sahabat Kekal Utuh Sejak 1987

Gambar Hiasan

Jenny turut berkongsi beberapa memori indah mereka ketika zaman persekolahan, termasuk ketika mereka pernah ketakutan selepas menyangka terdapat mayat di dalam stor di bawah tangga kelas.

Mereka juga pernah bersembunyi di dalam tandas sekolah untuk mengelakkan pemeriksaan gigi, selain mencipta kod perkataan rahsia yang hanya difahami mereka berdua ketika Tingkatan 3.

Ketika Darjah 6 pula, Hasliza pernah meminjamkan baju kurungnya kepada Jenny yang begitu menyukainya sehingga terus memakainya sepanjang zaman persekolahan menengah.

“Ketika Darjah Enam, dia pernah pinjamkan baju kurung kepada saya. Saya sangat menyukainya, sampaikan saya terus pakai sepanjang zaman sekolah menengah,” katanya.

Namun, selepas Tingkatan 3, kehidupan membawa mereka ke haluan masing-masing dan hanya sempat bertemu semula ketika pengebumian bapa Jenny pada 2006.

Bagaimanapun, selepas hampir 30 tahun sejak kali terakhir mereka benar-benar meluangkan masa bersama, Jenny dan Hasliza akhirnya kembali bertemu pada 2024

“Pada tahun 2024, kami akhirnya dipertemukan kembali. Tiga jam bercakap tanpa henti untuk menceritakan hampir 30 tahun kehidupan kami yang terpisah.

“Kami bercakap, tertawa, seakan-akan kami tidak pernah berpisah. Kami berbeza budaya, berbeza kepercayaan tapi persahabatan kami? Tetap kuat,” ujarnya.

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, Jenny turut menganggap persahabatannya dengan Hasliza yang berbeza kaum dan kepercayaan adalah salah satu hadiah terhebat dalam kehidupan.

“Persahabatan ini mengajar saya tentang empati, hormat dan betapa indahnya kepelbagaian, jauh sebelum saya memahami maksud perkataan-perkataan itu.

“Dalam dunia yang sering melihat perbezaan sebagai penghalang, kami membuktikan persahabatan melangkau semua sempadan,” katanya.

Jenny berkata, persahabatan yang terjalin sejak 1987 itu tidak pernah pudar kerana zaman kanak-kanaknya tidak akan sama tanpa kehadiran Hasliza.

Sumber:Threads
Intipati
  • Jenny dan Hasliza menjadi sahabat baik sejak Darjah 1 di SK Jalan Pasar 2.
  • Mereka terpisah selepas Tingkatan 3 dan hanya sempat bertemu ketika pengebumian bapa Jenny.
  • Pada 2024, mereka bertemu semula dan berbual selama tiga jam tanpa henti.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan