Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Biasanya netizen suka berkongsi resipi makanan tertentu di media sosial. Resipi nasi kandarlah, mi bandunglah, air cincaulah. Tapi ada satu lagi resipi yang mungkin tak ramai tahu iaitu resipi makanan kucing.
Baru-baru ini netizen bernama Laila Muttaqin Norlela pernah kongsikan satu resipi ‘khas’ makanan kucing yang dia hasilkan sendiri. Resipi mudah makanan kucing berkonsepkan ‘DIY’ ini tular dan diikuti oleh segenap pemilik kucing.
Jika anda seorang pemelihara, pemilik dan pencinta kucing, resipi ini mungkin sangat bermanfaat untuk anda cuba. Jom ikuti resipi ini. Selamat mencuba.

Sape yang dekat sini buat sendiri makanan anak-anak bulus dia. Yang saya buat ni boleh tahan hampir 3 minggu sebab anak bulus saya 2 ekor je..
Atas permintaan ni resepi dia ya. Mudah sangat je.
Bahan-bahan:-
Ayam/ikan
Lobak/labu
Agar-agar tali
Cara buat:-
Rebus ayam/ikan tadi. Kalau ayam senang sebab saya ambil isi so takde tulang. Kalau ikan kena la asingkan tulang dulu.
Rebus juga lobak @ labu. Lepas tu blend kan lobak tu. Kalau labu dia lembut sangat. Takyah blend pun takpe. Lenyek-lenyek kan je.
Ayam/ikan tu carik-carikkan. Tapi saya ni malas sikit. Saya masukkan dalam blender je semua.
Agar-agar tu potong halus-halus masukkan dalam air rebusan ikan/ayam tadi. Lepas tu masukkan ayam/ikan yang dah dicarik bersama lobak/labu.

Dah siap boleh sejukkan sebelum masuk dalam peti ais. Nak bagi tahan lebih lama boleh simpan dalam peti beku.
Sebenarnya kalau labu lagi bagus sebab labu lagi manis & baik untuk bulu. Tapi kat kedai tadi lobak je yang ada. Hihihi.
Ok. Selamat mencuba.
Alhamdulillah kucing saya suka sangat. Dah beberapa kali buat. Setakat ini tiada cirit birit. Berbanding kalau anak-anak bulus saya makan wet food yang beli dekat kedai tu lagi mudah kena cirit birit.

Sumber: Laila Muttaqin Norlela melalui Kelab Pencinta Kucing Malaysia