Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hanya Pakai Baju Lusuh, Ibu Tunggal Besarkan Dua Anak OKU Perlukan Bantuan

Kredit: Natipah Abu
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Biarpun membesarkan dua orang anak kelainan upaya (OKU) seorang diri, Gomathy tetap positif mengharungi ujian hidup. Ibu tunggal yang diceraikan tujuh tahun lalu ini melakukan pelbagai pekerjaan sampingan untuk menampung hidup bersama anak-anaknya.

Dua orang anaknya iaitu Darshini, 16 dan Thiviyan, 11 tahun masing-masing mempunyai keperluan khas. Darshini mempunyai masalah lembam manakala adiknya mengalami cerebral palsy.

Kisah mereka dikongsikan Natipah Abu di laman Facebook miliknya.

Guna Kancil tua cari pendapatan

Sumber: Natipah Abu