Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Harga Diesel Di Semenanjung
Kredit: Bernama

Harga Diesel Di Semenanjung Naik 4 Sen Seliter

Iqbal Yasir

Harga Diesel Di Semenanjung Naik 4 Sen Seliter

Kerajaan mengumumkan pelarasan harga runcit petrol dan diesel susulan peningkatan harga minyak mentah dunia, bagi tempoh 29 Januari 2026 hingga 4 Februari 2026.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan, harga runcit bagi diesel Semenanjung Malaysia naik 4 sen kepada RM2.92 seliter.

Menurut kementerian itu, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan mekanisme penetapan harga automatik atau Automatic Pricing Mechanism (APM) yang disemak secara mingguan selaras dengan perkembangan pasaran minyak dunia semasa.

Perincian harga runcit produk petroleum bagi tempoh berkenaan adalah seperti berikut:

1. Harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.10 seliter.

2. Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.54 seliter.

3. Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah inisiatif BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

4. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak empat sen kepada RM2.92 seliter.

5. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal tidak berubah pada RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan menegaskan, kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol serta diesel berdasarkan pergerakan harga minyak mentah dunia. Namun, keutamaan tetap diberikan kepada usaha memastikan kestabilan harga.

Dalam masa sama, kerajaan akan terus memantau trend pasaran minyak global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.