Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
PM Anwar Hilang Sabar
Kredit: Bernama

PM Anwar Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

BERNAMA

PM Anwar Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kerajaan tidak lagi boleh bertolak-ansur dengan kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus yang tidak ditangani dengan serius.

Beliau menegaskan Malaysia perlu diselamatkan daripada pelbagai kegiatan yang merosakkan integriti pasukan penguatkuasaan dan menjejaskan ekonomi negara.

"Saya sudah sampai ke tahap hilang kesabaran dan merasakan masih ada kelemahan dan ruang yang wajib diperbaiki. Kita nak selamatkan negara ini. Negara ini punya potensi yang sangat baik. Rakyat umumnya mengharap dan dahaga satu pembaharuan dan pembelaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Jabatan, Agensi Penguatkuasaan Yang Berhubungan Dengan Jenayah Kewangan anjuran Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), di sini hari ini.

Anwar berkata Malaysia memiliki kekuatan ekonomi serta sumber manusia yang baik namun kegagalan mengatasi pencerobohan, penyeludupan dan pelbagai kegiatan ‘gelap’ menghalang negara mencapai potensi sebenar.

"Genap tiga tahun saya mengemudi, saya merasakan ada ruang, kelompongan yang mesti diperbaiki. Kelemahan tidak boleh dibiarkan, baik dari segi pencerobohan, penyeludupan atau bertolak-ansur dengan kegiatan gelap yang masih berlaku, dan ada kalanya dengan ruang dan keizinan badan penguat kuasa," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu lagi dibuai laporan-laporan kejayaan semata-mata, sebaliknya mahu tindakan tegas terhadap masalah integriti dan aspek penguatkuasaan.

"Jangan kita ambil sikap sambil lewa, mudah memaafkan dan merasakan perkara ini boleh berlaku terus-menerus. Jadi saya menyeru rakan-rakan untuk segera bertindak mulai detik ini...masa untuk bertindak," katanya.

Anwar turut menzahirkan rasa kesal dengan kelemahan penguatkuasaan yang masih berlaku meskipun ramai pegawai telah menunjukkan khidmat cemerlang dan berjasa kepada negara.

"Mengapa saya kesal? Kerana saya tahu kalau kita nak senaraikan jumlah kebaikan dan kehebatan, banyak saudara-saudara yang cukup berjasa dalam khidmat ini (yang) tidak boleh dimungkiri dan dinafikan.

"Tetapi kenyataan juga memaksa kita merenung, memikir secara serius, apakah kita mahu menjalankan kegiatan seperti biasa, sambil lewa? Penyeludupan okay? Rasuah boleh? Kegiatan gelap boleh diterima?...kita tidak boleh lagi teruskan," katanya.



Sumber:BERNAMA