Utama

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Memperkukuh Tadbir Urus Melalui Suara Penduduk - Hannah Yeoh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh telah mengadakan pertemuan bersama Save Kuala Lumpur (Save KL) dan Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA+SD) yang mewakili lebih 80 Persatuan Penduduk dari seluruh Kuala Lumpur.
Wakil-wakil persatuan telah berkongsi pandangan serta maklum balas berhubung usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk Kuala Lumpur.

"Saya komited untuk meneruskan pendekatan libat urus yang bermakna melalui perbincangan berterusan, sesi konsultasi dan kerjasama dengan komuniti setempat serta pihak berkepentingan.
"Antara fokus utama perbincangan ialah isu mitigasi banjir termasuk perlindungan dan pemeliharaan kolam takungan yang memainkan peranan penting dalam pengurusan banjir di Kuala Lumpur.

"Saya turut berkongsi keutamaan saya dalam memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan banjir serta memastikan amalan tadbir urus yang baik. Selain itu, saya menjemput para profesional dan pakar dalam kalangan mereka untuk menyumbangkan pandangan bagi menyokong perancangan dan pelaksanaan yang berkesan.
"Prinsip pentadbiran saya adalah untuk mentadbir bersama rakyat. Pandangan yang dikemukakan oleh persatuan penduduk merupakan input penting dalam membentuk keputusan dan tadbir urus bandar," katanya beliau

Semua maklum balas akan diteliti dengan cermat bagi memastikan setiap tindakan yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada penduduk. Input ini juga akan menjadi panduan dalam menetapkan keutamaan tadbir urus bandar pada masa hadapan.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam membangunkan Kuala Lumpur dengan menumpukan kepada kualiti hidup serta kesejahteraan rakyat.