Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Minyak Naik Kerana Perang Iran Cuma 'Harga Kecil' Yang Perlu Dibayar - Trump

Fazidi
trump iran harga minyak
Gambar Hiasan | AFP

Harga Minyak Naik Kerana Perang Iran Cuma 'Harga Kecil' Yang Perlu Dibayar - Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan lonjakan harga minyak dunia pada ketika ini hanyalah 'harga kecil' yang perlu dibayar bagi menghampuskan ancaman program nuklear Iran.

“Harga minyak (tinggi) ini cuma untuk jangka pendek, yang akan turun dengan pantas apabila ancaman kemusnahan daripada program nuklear Iran berakhir.

“Ia cuma harga yang sangat kecil yang perlu dibayar demi keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat dan juga dunia.

“Hanya mereka yang kurang cerdik berfikir sebaliknya,” kata Trump.

Dalam pada itu, penanda aras minyak Amerika Syarikat melonjak melebihi USD100 sebaik aktiviti dagangan dibuka pada Ahad, dengan para pelabur bersiap sedia menghadapi pergolakan lanjut selepas Iran melantik anak Ali Khamenei sebagai Pemimpin Agung baharu.

West Texas Intermediate (WTI) meningkat sebanyak 20 peratus kepada USD109.17 per barel, satu tahap yang tidak pernah dilihat sejak Rusia melancarkan kempen pencerobohan ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Manakala kontrak penanda aras antarabangsa Brent pula naik sebanyak 19 peratus kepada USD110.35 per barel.

Sumber:AFP News