Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga RON95, RON97 & Diesel Turun Mulai Esok

Harga RON95
Kredit: Bernama

Harga RON95, RON97 & Diesel Turun Mulai Esok

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga bagi bahan api RON97, RON95 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun mulai esok (25 Jun).

Menerusi satu kenyataan, MOF berkata harga baharu itu akan berkuat kuasa sehingga 30 Jun depan.

Menurutnya, harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun sebanyak 25 sen seliter. Ia menjadikan harga baharu kedua-dua produk bahan api itu adalah RM4.10 seliter dan RM3.47 seliter.

Bagi diesel pula, ia turun sebanyak 30 sen seliter, iaitu daripada RM4.37 seliter sebelum ini kepada RM4.07 seliter.

Kredit: MOF

MOF berkata harga baharu ini selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

"Penurunan ini mencerminkan perkembangan pasaran minyak global yang lebih menggalakkan, susulan penyederhanaan harga minyak mentah global dan perkembangan lebih positif dalam konflik di Asia Barat.

"Namun begitu, pasaran petroleum global masih berdepan ketidaktentuan dalam jangka sederhana, termasuk risiko rundingan damai tidak mencapai penyelesaian muktamad, pemulihan rantaian bekalan yang mengambil masa, serta tahap inventori dan kos logistik yang masih belum kembali sepenuhnya kepada paras prakonflik.

"Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI terus komited untuk melindungi rakyat daripada turun naik harga pasaran melalui subsidi bersasar, di samping memperkukuh keterjaminan bekalan jangka panjang melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa termasuk Turkmenistan dan Rusia," kata MetMalaysia.

Tambah MOF lagi, walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.