Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun berkuat kuasa dari 13 hingga 19 Ogos depan.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen(RM4.15 seliter) dan 20 sen (RM3.62 seliter) bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos.
Manakala harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos turun 10 sen kepada RM4.47 seliter.
Menurutnya, harga terbaru itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
"Harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, telah menyebabkan harga minyak dunia diniagakan pada paras lebih rendah bagi sebahagian besar minggu lalu.
"Harga minyak mentah Brent merosot ke bawah AS$80 setong pada awal tempoh pengiraan harga Automatic Pricing Mechanism (APM), iaitu paras terendah dalam tempoh tiga minggu.
"Namun begitu, premium risiko geopolitik kembali meningkat menjelang penghujung tempoh pengiraan APM apabila prospek rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran kembali merosot, susulan tuntutan baharu yang dikemukakan kedua-dua pihak.
"Harga Brent meningkat hampir 5% pada Isnin apabila kebimbangan terhadap pembukaan semula Selat Hormuz kembali memuncak.
"Ketidaktentuan mengenai pembukaan semula Selat Hormuz terus menimbulkan risiko gangguan bekalan minyak dunia, sekali gus memberi tekanan terhadap harga petroleum. Dengan itu, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara dalam tempoh terdekat
"Kerajaan MADANI bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin.
"Namun begitu, rakyat diseru agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat. Merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan negara dan perbelanjaan subsidi," maklum MOF.
Ujar MOF, Selagi konflik tersebut belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu ketidaktentuan pasaran dunia.
"Kerajaan MADANI bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin.
"Subsidi bersasar terus tersedia melalui BUDI MADANI RON95 (BUD195), BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)," jelasnya.
Melalui sistem subsidi bersasar yang disediakan, Kerajaan MADANI terus melindungi pengguna yang layak daripada kenaikan harga pasaran.
"Bagi pengguna yang layak di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95), Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.63 seliter, bersamaan kira-kira 82% daripada harga RM1.99 seliter yang dibayar di pam. Bagi pengguna yang layak di bawah BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pula, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.37 seliter, bersamaan kira-kira 113% daripada harga RM2.10 seliter yang dibayar di pam," kata MOF lagi.
Sementara itu, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.
Merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan negara dan perbelanjaan subsidi
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan