Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Naik Mulai Esok - MOF

Harga RON97
Kredit; Bernama

Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Naik Mulai Esok - MOF

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan Diesel naik sebanyak 20 sen bermula 30 Julai hingga 5 Ogos depan.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan memaklumkan harga RON97 naik daripada RM4.20 seliter kepada RM4.40 seliter, RON95 ( daripada RM3.62 kepada RM3.82 seliter) dan diesel ( daripada RM4.42 kepada RM4.62 seliter).

Menurut MOF, harga produk petroleum tanpa subsidi itu dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu.

"Harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 16% sepanjang minggu lalu apabila konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kembali memuncak selepas berakhirnya tempoh gencatan senjata.

"Sekatan terhadap perkapalan serta pengurangan aliran kapal melalui Selat Hormuz telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan petroleum global.

"Kenaikan harga minyak mentah turut didorong oleh paras inventori global yang semakin ketat serta ancaman gangguan terhadap penghantaran minyak dari Arab Saudi," katanya.

Dalam pada itu, pasaran petroleum global dijangka kekal tidak menentu selagi penyelesaian konflik belum dimuktamadkan.

Meskipun usaha untuk menghidupkan semula rundingan dan cadangan gencatan senjata telah mengehadkan sebahagian kenaikan harga, perkembangan tersebut masih belum meredakan kebimbangan pasaran terhadap risiko gangguan bekalan.

"Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

"Merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi," katanya lagi.


Intipati
  • Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel naik 20 sen seliter mulai 30 Julai.
  • MOF berkata kenaikan dipengaruhi pasaran minyak dunia susulan peningkatan harga minyak mentah Brent.
  • Kerajaan menyeru rakyat menggunakan bahan api secara berhemat ketika pasaran petroleum global tidak menentu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan