Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga Runcit RON95, RON97 Dan Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 4 hingga 10 Sept 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan harga runcit RON97 kekal RM3.16 seliter, manakala RON95 pada RM2.05 seliter.
Harga diesel pula dikekalkan pada RM2.88 seliter di Semenanjung Malaysia dan RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak serta Labuan.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.

BACA: Zara Qairina Tidak Mungkin Terjatuh Atau Ditolak – Pakar Patologi
BACA: Rangka Manusia Lengkap Berpakaian Ditemukan Berhampiran Kebun Getah
BACA: Anggota TUDM Hilang Sejak 24 Ogos Ditemukan Selamat Hari Ini
Sumber: BERNAMA