Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Runcit RON97 Turun 4 Sen, RON95 & Diesel Tidak Berubah

Fazidi
Gambar: BERNAMA

Harga Runcit RON97 Turun 4 Sen, RON95 & Diesel Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Harga runcit RON97 turun sebanyak 4 sen kepada RM3.17 seliter bagi tempoh 31 Julai hingga 6 Ogos.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.91 seliter serta di Sabah, Sarawak dan Labuan turut tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter.

Menurut MOF, penetapan harga runcit itu adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sumber: BERNAMA