Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hari Badminton Sedunia, ASICS Hidupkan Gelanggang Dengan Ujian Kasut & Aksi Sebenar

Bukan sekadar acara sukan biasa, pagi di IOI Sports Centre, Putrajaya ini terasa seperti satu sesi badminton yang lengkap dari semua sudut daripada sesi mencuba kasut, belajar teknik, kemudian terus turun ke gelanggang.

Sempena Hari Badminton Sedunia, ASICS Malaysia membawa pendekatan lebih “hands-on” dengan memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman bermain menggunakan kasut badminton terbaharu mereka.

Antara yang menjadi tumpuan ialah COURT CONTROL™ FF 4 dan BLADE™ FF 2, dua model yang diuji terus dalam aksi permainan sebenar. Satu direka untuk pemain yang suka permainan agresif dan lompatan kuat, manakala satu lagi lebih fokus kepada kelajuan dan pergerakan pantas di gelanggang.

Sesi tidak terhenti pada cuba kasut sahaja.

Peserta kemudian menyertai klinik badminton yang dikendalikan oleh bekas pemain Olimpik, Soniia Cheah, bersama bekas pemain kebangsaan merangkap jurulatih dan pakar psikologi sukan Daphne Ng. Sepanjang sesi ini, mereka berkongsi tip permainan, strategi di gelanggang serta aspek mental yang sering menjadi kunci prestasi pemain.

Suasana menjadi lebih santai apabila sesi mini game dan perlawanan persahabatan bermula. Dari rally panjang hingga gelak tawa di tepi gelanggang, setiap sudut terasa hidup dengan semangat sukan yang tidak terlalu serius, tetapi cukup kompetitif untuk membuatkan semua orang turun beraksi.

Apa yang menarik, acara ini tidak hanya menonjolkan produk, tetapi lebih kepada pengalaman. Bagaimana kasut, pergerakan dan keyakinan di gelanggang saling berkait dalam satu permainan yang sama.

Menurut Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib, badminton sememangnya sukan yang dekat dengan rakyat Malaysia. Dan melalui acara seperti ini, ASICS mahu terus mengangkat sukan tersebut sambil menggalakkan gaya hidup aktif melalui falsafah Sound Mind, Sound Body.

Bila sesi tamat, yang tinggal bukan sekadar memori tentang kasut atau teknologi, tetapi pengalaman satu pagi yang penuh gerakan, peluh dan semangat badminton itu sendiri.