Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pernah ternampak ‘harimau’ muncul di tempat yang tidak disangka-sangka? Dari satu lokasi ke lokasi lain, kemunculan mereka mula menarik perhatian ramai. Tapi jangan salah faham, ini bukan harimau biasa. Sebaliknya, ada mesej istimewa di sebalik kemunculan ‘harimau’ ini.
Kalau penampakan harimau di Malaysia mungkin dianggap biasa, tapi kalau di luar negara? Pasti ramai tertanya-tanya. Sebenarnya, ‘harimau’ yang dimaksudkan ialah Maybank MAE yang mungkin sudah biasa digunakan oleh ramai rakyat Malaysia.

Jadi, kenapa pula ‘harimau MAE’ muncul di luar negara? Ini kerana MAE bukan sahaja memudahkan urusan harian di Malaysia, malah boleh digunakan ketika melancong ke luar negara. Maknanya, tak kira di mana anda berada, MAE tetap boleh menemani perjalanan anda.
Jom min explain apa sebenarnya simbolik di sebalik kemunculan ‘harimau’ ini.

Bila bercuti ke luar negara, bukan sekadar tiket kapal terbang dan hotel yang perlu difikirkan. Urusan pembayaran, perlindungan perjalanan dan akses internet pun perlu disediakan supaya perjalanan lebih lancar.
Sebab itu, MAE menawarkan beberapa kemudahan yang boleh membantu sebelum dan ketika melancong. Antaranya Global Access Account-i untuk urusan kad dan pembayaran, TripCare 360 Takaful untuk perlindungan ketika perjalanan, serta eSIM supaya pengguna boleh kekal berhubung tanpa perlu bersusah payah mencari SIM kad sebaik tiba di negara lain.
Lebih menarik, semua ini boleh diuruskan melalui MAE, jadi tak perlu terlalu banyak aplikasi untuk menguruskan keperluan perjalanan.
Dan sekarang, pengguna juga boleh menggunakan MAE untuk membuat pembayaran rentas sempadan. Hanya buka fungsi ‘Scan’ dalam aplikasi MAE dan buat bayaran menggunakan kod QR seperti biasa di negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak lagi.

MAE dari 5 Ogos sehingga 31 Oktober sedang menjalankan kempen baharu iaitu ‘It’s You And MAE, Anytime, Everywhere’, yang mana pengguna berpeluang menikmati pelbagai ganjaran sepanjang tiga fasa tempoh penganjuran..
Dalam setiap fasa, 1,000 pemenang terawal yang berjaya membuka Akaun Global Access-i* (GAA-i) melalui aplikasi MAE akan menerima RM50 PIN Tambah Nilai MAE.
*GAA-i:Maybank Islamic adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Akaun Global Access-i dilindungi oleh PIDM setakat MYR250,000 bagi setiap pendeposit.
Selain itu, pemenang yang layak juga berpeluang mendapatkan tambahan RM30 PIN Tambah Nilai MAE selepas melengkapkan salah satu aktiviti yang ditetapkan dalam fasa sama. Antara aktiviti tersebut termasuk mendaftar TripCare 360 Takaful** melalui MAE, membeli eSIM*** melalui MAE, atau membuat dua transaksi menggunakan kad Global Access Account (GAA) dengan nilai minimum RM150 setiap transaksi, atau nilai yang setara.
Secara ringkasnya, kempen ini adalah seperti di bawah:
RM50 MAE Top-Up PIN
- 1,000 pemenang terawal bagi setiap fasa yang berjaya membuka GAA-i* melalui MAE akan menerima RM50 MAE Top-Up PIN>
Tambahan RM30 MAE Top-Up PIN
- Pemenang yang layak berpeluang menerima tambahan RM30 MAE Top-Up PIN selepas lengkapkan salah satu daripada aktiviti berikut:-
- Mendaftar TripCare 360 Takaful** melalui MAE
- Membeli eSIM*** melalui MAE
- Buat 2 transaksi menggunakan Kad GAA (minima RM150 per transaksi)
Setiap fasa menawarkan peluang ganjaran tersendiri, jadi pengguna boleh mengambil bahagian sepanjang tempoh kempen berlangsung untuk merebut tawaran yang disediakan.
*GAA-i:Maybank Islamic adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Akaun Global Access-i dilindungi oleh PIDM setakat MYR250,000 bagi setiap pendeposit.
**TripCare 360 Takaful: Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my)
***Tertakluk pada terma dan syarat

Berita baik untuk pengguna telefon pintar Samsung, kini pengguna sudah boleh menggunakan Samsung Wallet untuk Scan & Pay dengan MAE. Yang menariknya, proses pembayaran menjadi lebih mudah dan lebih banyak ganjaran yang tersedia. Kaedah dan ciri terbaharu di MAE menerusi Samsung Wallet ini amatlah sesuai untuk pengguna yang gemarkan pembayaran menerusi QR.
Bermula sekarang sehingga 30 Oktober, anda boleh nikmati pulangan tunai RM5 apabila anda pautkan MAE Wallet untuk buat bayaran melalui imbasan QR dan lengkapkan satu transaksi.
Selain itu, anda juga berpeluang memenangi pulangan tunai sehingga RM10 atau baucar ZUS bernilai RM15 apabila membuat 15 transaksi bayaran kepada peniaga. Untuk transaksi ke-30 pula, anda berpeluang memenangi 1,000 mata Samsung Rewards dan jangan lupa untuk menyertai kempen yang tersedia di dalam Samsung Wallet.
Tawaran ini tersedia untuk peserta terawal sahaja.

Bukan saja boleh melabur dalam emas digital melalui aplikasi MAE, pengguna juga berpeluang memenangi sehingga 66 gram emas melalui kempen Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) yang terbuka untuk pengguna MAE.
Dari urusan harian, simpanan, pembayaran gunakan telefon sehinggalah melancong ke luar negara, MAE bukan sekadar aplikasi perbankan, tetapi teman digital yang sentiasa bersama pengguna, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Jika sudah lama menggunakan MAE, mungkin sudah tiba masanya melihat semula apa ciri dan kempen terkini yang ditawarkan. Ada yang boleh memudahkan urusan harian dan ada juga yang memberi lebih nilai kepada pengguna.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan