Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hasil Tangan Je, Tapi 5 Perkara Ini Dah Cukup Buktikan Kenapa Produk Kraftangan Bernilai Tinggi

Pernah tak korang tengok sesuatu hasil kraftangan dan pada pandangan pertama, ia nampak macam barang biasa sahaja?

Contoh kraftangan yang biasa dan mudah kita temui adalah seperti bakul, kain, hiasan rumah, hasil anyaman ataupun barangan kayu.

Tapi apabila tengok tanda harga, ada yang mencecah puluhan malah ratusan ringgit. Kadang-kadang boleh terlintas juga, kenapa harganya begitu tinggi sedangkan produk yang ada depan mata nampak ringkas je?

Di sini yang kita silap. Apa yang kita nampak itu adalah produk akhir yang sudah siap, bukan perjalanan awal bagaimana produk berkenaan dihasilkan.

Sebenarnya, di sebalik sebuah produk kraftangan, ada proses panjang yang mungkin mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari, kemahiran yang dibina bertahun-tahun serta teknik tertentu yang bukan semua orang mampu buat dan miliki.

Bila beli, kita sebenarnya bayar masa & kemahiran si tukang kraf

Untuk memahami kenapa sesuatu hasil kraftangan mempunyai nilainya tersendiri, cuba lihat apa yang berlaku sebelum produk itu sampai ke tangan pembeli.

Ambil masa untuk dihasilkan

Satu perkara yang kita ke faham, kraftangan bukan boleh disiapkan dalam masa beberapa minit.

Berbeza dengan barangan yang dihasilkan secara besar-besaran menggunakan mesin, penghasilan kraftangan banyak bergantung kepada kerja tangan.

Bermula daripada proses menyediakan bahan, membentuk, menganyam, mengukir sehinggalah melakukan sentuhan akhir, setiap tahap memerlukan masa dan ketelitian dari si tukang.

Jika rekaannya lebih rumit, maka lebih banyak masa dan perhatian perlu diberikan kepada karya yang hendak dihasilkan.

Bukan semua orang boleh buat

Mungkin pada pandangan mata, kraftangan yang dijual itu nampak mudah untuk dihasilkan, namun situasi mungkin berbeza apabila kita sendiri cuba buat.

Kemahiran menghasilkan kraftangan biasanya memerlukan latihan, ketelitian dan pengalaman. Malah, ada kemahiran-kemahiran tertentu sebenarnya diwarisi secara turun temurun dari generasi ke generasi.

Ini bermakna, kemahiran itu sendiri sudah melalui proses pemantapan yang sangat panjang sebelum produk akhir kraftangan dapat dihasilkan.

Bahan mentah tidak semestinya boleh terus digunakan

Satu lagi perkara yang mungkin ramai terlepas pandang ialah proses menyediakan bahan.

Bahan seperti buluh, rotan, kayu atau serat semula jadi misalnya mengkuang tidak semestinya boleh terus diambil dan dijadikan produk.

Bergantung kepada jenis kraftangan, bahan mungkin perlu dipilih, dibersihkan, dikeringkan, dipotong atau melalui proses tertentu terlebih dahulu sebelum sesuai digunakan.

Maksudnya, kerja menghasilkan kraftangan sebenarnya boleh bermula jauh lebih awal sebelum proses menganyam, mengukir atau membentuk produk dilakukan.

Teknik pembuatan boleh jadi sangat rumit

Kerumitan proses penghasilan juga boleh mendorong produk kraftangan dijual pada harga yang lebih premium.

Produk kraftangan yang susah untuk dihasilkan akan menguji kemahiran si tukang kraf. Setiap corak, susunan, ukiran atau bentuk mungkin memerlukan teknik tertentu untuk menghasilkan hasil yang konsisten.

Kesilapan kecil ketika proses pembuatan juga boleh memberi kesan kepada rupa keseluruhan produk. Ketelitian menjadi antara perkara penting dalam penghasilan kraftangan, lebih-lebih lagi bagi produk yang mempunyai reka bentuk dan corak yang kompleks.

Produk kraf ada unsur keunikan & nilai budaya

Inilah bahagian yang paling mustahak. Kraftangan adalah karya seni. Oleh itu, ia tidak patut dinilai sebagai sekadar barang semata-mata.

Kraftangan, terutamanya yang sudah pun wujud puluhan atau ratusan tahun selalunya ada cerita dan identiti di sebaliknya.

Selain cantik dan ada fungsi tertentu, kraftangan turut membawa identiti masyarakat, kreativiti pembuat serta warisan yang diwarisi sejak sekian lama.

Corak, bahan dan teknik yang digunakan juga boleh berbeza mengikut tempat dan komuniti yang menghasilkannya.

Jadi, tidak menghairankan jika dua produk yang kelihatan hampir sama belum tentu mempunyai cerita dan proses pembuatan yang serupa.

Kalau nak kenal lebih banyak, kena tengok sendiri

Kalau selama ini korang hanya mengenali kraftangan melalui gambar atau media sosial, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat sendiri bagaimana luasnya dunia tersebut.

Salah satu peluangnya menerusi Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026, yang menghimpunkan penggiat serta hasil kraftangan dari dalam dan luar negara.

MICF 2026 ini dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, MICF 2026 diadakan dari 24 September hingga 5 Oktober 2026, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

MICF 2026 dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu antarabangsa dan domestik.

Bagi edisi antarabangsa yang berlangsung dari 24 hingga 28 September, pengunjung berpeluang melihat kepelbagaian hasil kraf menerusi penyertaan antarabangsa.

Sementara itu, edisi domestik berlangsung lebih panjang iaitu dari 24 September hingga 5 Oktober, memberi ruang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat hasil dan penggiat kraftangan tempatan.

MICF 2026 bukan sekadar ruang pameran dan jualan

Pelbagai program turut disusun sepanjang MICF 2026 berlangsung, antaranya International Sourcing Programme, jualan kraf domestik dan antarabangsa, pameran kraf, demonstrasi kraf, pertunjukan fesyen antarabangsa, Craft Exploration serta aktiviti interaktif untuk pengunjung.

Ada lebih 400 pempamer terlibat dan lebih 100 aktiviti dianjurkan sepanjang MICF 2026. Jadual penuh aktiviti korang boleh rujuk di bawah.

Selain itu, antara demonstrasi kraf yang disediakan termasuk Demonstrasi Kraf Tembikar Pulau Tiga, Demonstrasi Kraf Tenun Pahang Diraja dan Demonstrasi Kram Sulaman Keringkam.

Melalui aktiviti demonstrasi ini, pengunjung boleh meneroka hasil kraf daripada pelbagai bidang serta melihat bagaimana kreativiti dan kemahiran tukang kraf diterjemahkan kepada produk akhir.

Maknanya, korang yang hadir bukan sekadar dapat melihat produk yang sudah siap, tetapi turut berpeluang mendekati sendiri dunia di sebalik penghasilan kraftangan.

Pengalaman melihat hasil kraf dari jarak dekat dan menyaksikan sendiri kemahiran yang diperlukan tentunya berbeza daripada sekadar melihat gambar.

Daripada situ mungkin baru kita faham kenapa sesuatu yang nampak ringkas sebenarnya memerlukan masa, ketelitian dan kemahiran tinggi untuk dihasilkan.

Minat boleh bertambah selepas tengok sendiri

Jika selama ini apabila disebut kraftangan, perkara pertama yang terlintas di fikiran hanyalah songket dan batik, perspektif korang mungkin berubah apabila berkunjung ke MICF 2026.

Kalau nak kenal dunia kraftangan dengan lebih dekat, boleh singgah ke MICF 2026 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sehingga 5 Oktober ini, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Daftar sekarang sebagai pengunjung di https://register.micf.com.my/event/malaysia-international-craft-fair-2026/register/

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman Facebook Kraftangan Malaysia dan laman web MICF 2026.

Intipati
  • Kraftangan memerlukan masa, ketelitian dan kemahiran tinggi berbanding barangan keluaran mesin.
  • Bahan seperti buluh, rotan, kayu dan mengkuang perlu diproses sebelum digunakan.
  • MICF 2026 berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dari 24 September hingga 5 Oktober.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan