Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hebat, 5 Perkara Buktikan Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

syafiq halim
Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

Hebat, 5 Perkara Buktikan Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

Siapa kata Malaysia tak mampu untuk bersaing dengan kuasa inovasi dunia? Semuanya bermula dari satu perkara, yakni keberanian rakyat Malaysia untuk berinovasi. Lebih manis sekiranya lebih ramai anak muda atau pelajar yang sudah menyedari tentang inovasi mampu membawa mereka ke peringkat lebih tinggi.

Jika dilihat kepada skop yang lebih luas, Jepun & Korea antaranya negara yang menghasilkan banyak inovasi canggih atau menyakinkan dunia untuk menggunakan sesuatu produk itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Jangan pula tak tahu, anak-anak muda Malaysia juga dah ‘level’ lain bila nak bercakap tentang inovasi. Malah mereka juga mampu untuk tandingi inovasi Jepun & Korea dengan cara mereka tersendiri.

Sebagai bukti yang nyata, kita boleh melihat kepada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 tentang bagaimana idea, teknologi dan bakat tempatan kita sudah ke tahap global. Penglibatan anak muda dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dapat membuktikan pelbagai produk dan inovasi telah tercipta, dan sangat bermanfaat sekiranya digunapakai dalam urusan harian.

5 Perkara Buktikan Malaysia Satu ‘Level’ Jepun & Korea

  1. Inovasi Tempatan Bertaraf Dunia

Seperti tarikan utama di Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025, Robot LEGO Sasbadi membuktikan bahawa inovasi yang dihasilkan oleh anak tempatan bertaraf dunia. Hasil pemerhatian Siakap Keli ketika menghadiri festival ini, selain pelajar-pelajar IPTA yang berkumpul di kawasan pameran ini, turut kelihatan ada juga pengunjung dari luar negara yang berminat dengan hasil Robot LEGO Sasbadi ini.

Berdasarkan rekod Putrajaya FOI 2025, penyertaan negara luar merangkumi lebih 1,000 pemikir, akademia dan pelajar antarabangsa di festival ini. Secara tak langsung, mereka juga dapat menikmati hasil-hasil ciptaan pelajar-pelajar tempatan, dan pastinya akan menjadi buah mulut ketika mereka pulang ke negara mereka.

Selain itu, mesin AI tempatan, ciptaan tenaga hijau juga antara projek atau ciptaan pelajar di Malaysia yang mampu untuk diangkat ke peringkat tertinggi di persada dunia. Mampu? Pasti mampu kerana inovasi yang dihasilkan dapat memberi kemudahan kepada penggunannya.

Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

2. Kuasa TVET & Pendidikan Masa Depan

Segala-galanya bermula dari pendidikan, barulah pelbagai hasil dapat ditonjolkan tidak kiralah dari bidang yang mana. Mengambil contoh Putrajaya FOI 2025, sambutan yang meriah bagi setiap IPTA telah membuktikan Malaysia sangat serius dengan pendidikan berasaskan kemahiran (TVET). Pelajar di Malaysia bukan sekadar belajar teori, tapi turut hasilkan produk sebenar yang akan menyaingi standard antarabangsa.

Dengan ilmu yang cukup, serta pengalaman menyertai festival sebegini, pastinya anak muda akan lebih semangat dan lebih memandang kehadapan untuk menghasilkan satu-satu ciptaan inovasi.

3. Kolaborasi Industri & Akademi

Jika satu-satu produk inovasi telah dihasilkan, amat sayang sekiranya produk tersebut tidak dipasarkan serta dimanfaatkan ke seluruh negara. Untungnya di Malaysia, festival seperti FOI 2025 mampu menggabungkan antara institusi pengajian bersama industri yang dapat membuka lebih banyak peluang.

Antaranya, sekiranya ada industri berminat dengan sebarang ciptaan inovasi yang dipamerkan di Putrajaya FOI 2025, peluang untuk komersialkan produk itu akan lebih luas. Tambahan pula festival ini turut dihadiri oleh industri ataupun individu dari luar negara, menambahkan lagi peluang untuk komersialkan inovasi anak muda tempatan ke peringkat lebih luas, iaitu global.

Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

4. Generasi Muda Berani Mencipta

Antara nadi utama yang menjadikan Malaysia dikatakan mampu saingi inovasi negara maju seperti Jepun dan Korea adalah anak muda tempatan juga berani untuk mencipta sesuatu. Menariknya, mereka tidak terbatas sebagai pengguna sahaja, tapi turut menjadi pencipta idea baharu yang lahir daripada keberanian dan mencuba. Penerokaan dalam bidang STEM, TVET, reka bentuk dan keusahawanan membantu banyak kepada minat mencipta dari kalangan anak muda tempatan. Hasilnya, pelbagai projek luar jangka, dari robotik hingga tenaga baharu yang dipamerkan di Putrajaya FOI 2025, membuktikan mereka mampu menukar imaginasi kepada realiti.

Lebih membanggakan, mereka bukan sekadar mencipta, tapi ada keinginan untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam masyarakat, supaya ada satu kaedah yang lebih mudah untuk dimanfaatkan pada masa akan datang.

5. Sokongan Dasar & Ekosistem Negara

Kejayaan hasilkan pelbagai projek dan ciptaan berinovasi bukanlah kebetulan, tapi turut berhasil daripada sokongan dasar dan ekosistem negara yang stragegik serta berterusan. Seperti contoh, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) telah menetapkan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri berteknologi tinggi dan lestari. Pelajar yang menceburi bidang STEM & TVET pada masa kini, bakal menjadi pencipta suatu hari nanti, bukan lagi hanya keluarkan produk yang dicipta orang lain.

Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTN) memberi tumpuan kepada pembudayaan inovasi, pemerkasaan penyelidikan serta pembangunan bakat saintifik tempatan.

Semua dasar ini saling melengkapi serta menyediakan ekosistem yang subur untuk idea berkembang dan inovasi dilahirkan. Maka, apabila kita melihat pencapaian anak muda di Festival IDEA Putrajaya, ia sebenarnya manifestasi nyata kepada strategi jangka panjang negara dalam membina Malaysia sebagai hab inovasi serantau.

Malaysia Mula Melangkah Ke Arah Inovasi Peringkat Global

Kuasa inovasi dunia lahir daripada idea dan keberanian rakyatnya yang yakin dalam setiap penciptaan. Malaysia juga melangkah ke arah yang sama dan seumpamanya kerana pelbagai produk inovasi telah tercipta, khasnya daripada idea anak-anak muda tempatan.

Contoh jelas kita dapat lihat, Putrajaya FOI 2025 telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya, dengan penyertaan serta penglibatan pelbagai agensi, IPTA, Kementerian serta Agensi Kerajaan dalam 5 hari penganjurannya. Lebih 200 pavilion/ reruai/ pameran dibuka melibatkan lebih 2,000 pempamer. Rekod baharu juga dapat dicatatkan di Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di mana seramai 2.05 juta pengunjung yang terdiri daripada 550,000 pengunjung secara fizikal dan 1.55 juta pengunjung secara maya telah menikmati festival ini.

Impak Festival Idea Putrajaya 2025

Penganjuran festival ini pastinya telah meninggalkan beberapa impak besar, yang mana antaranya telah mengangkat peranan pendidikan tinggi sebagai teras pembangunan negara MADANI. Festival ini juga telah memacu Malaysia sebagai hab idea, inovasi dan pendidikan tinggi serantau.

Menerusi penganjurannya, sebanyak 102 perjanjian strategik (MoU, MoA, LoI) telah termeterai dan juga nilai pelaburan melebihi RM172 juta yang mana akan difokuskan kepada penyelidikan dan perkongsian perkhidmatan antara KPT, IPT dan juga industri.

Putrajaya FOI 2025 berjaya menjadi platform pembenihan sebanyak 10,000 idea kreatif yang berpotensi menjadi solusi invotif terhadap isu semasa yang berjaya dikumpulkan menerusi IdeaVault yang dijayakan oleh Kementerian. Dalam Sidang MyIDEAS, terdapat 234 sesi wacana dan pembentangan idea yang melibatkan 251 pemimpin, pakar bidang, akademia dan industri terlibat.

Putrajaya FOI 2025 Di Dalam Malaysia Book of Record

Lebih membanggakan dalam penganjuran festival ini, Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 turut mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Record bagi kategori Sidang Wacana Akademik Terbanyak dalam Satu Acara Idea dan Inovasi di Malaysia.

Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan bahawa KPT sangat memberikan komitmen tinggi bagi menjadikan pendidikan tinggi sebagai teras pembangunan yang seimbang antara kemajuan ilmu, teknologi dan kemanusiaan.

Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

Segala-galanya seperti lengkap sempurna, dari jualan makanan, hingga ke penciptaan yang tidak terjangka dek akal, semuanya ada di Putrajaya FOI 2025.

Hasil temubual Siakap Keli kepada pelajar yang berkunjung ke festival ini, mereka berpendapat bahawa festival atau program sebeginilah yang membuka mata mereka untuk tanam minat serta menghasilkan pelbagai inovasi bagi sesuatu produk.

Seperti dijangka apabila ditanya tentang harapan mereka, kebanyakan yang ditemui berkata mahukan festival ini terus dianjurkan pada tahun hadapan, serta dijadikan acara utama bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada setiap tahun.

Anak Muda Malaysia Setaraf Jepun & Korea

Akhir kata, festival ini memang dapat membuktikan inovasi di Malaysia semakin meningkat naik dengan pelbagai idea-idea di luar kotak yang dihasilkan oleh anak-anak muda tempatan.