Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Helah Ayah Buat Laporan Polis Anak Kena Rogol Tak Berjaya, Tragedi ‘Haruan Makan Anak’ Pula Terbongkar

ayah laporan anak kena rogol
Gambar Hiasan via Kompas.com

Hela Ayah Buat Laporan Anak Kena Rogol Tak Berjaya, Tragedi ‘Haruan Makan Anak’ Pula Terbongkar

Tindakan seorang bapa di Ambon, Maluku, Indonesia yang berusia 39 tahun membuat laporan polis mengenai anaknya dirogol akhirnya membongkar perbuatan sumbang mahram yang cuba disembunyikannya selama ini.

Hasil siasatan polis mendedahkan rupa-rupanya pelaku yang bertindak merogol anaknya selama ini adalah dirinya sendiri.

Memetik Kompas.com, perbuatan terkutuk yang dilakukan terhadap anak kandungnya itu bermula sejak mangsa seawal usia 10 tahun ketika mangsa berada di kelas 4 Sekolah Dasar (SD).

Difahamkan, kali terakhir dia memperkosa darah dagingnya sendiri itu pada 22 Jun 2022 lalu di rumah mereka di salah satu kawasan perumahan di Ambon.

Suspek telah ditahan dan didakwa atas perbuatan tersebut dan kini berada di pusat tahanan Balai Polis Resor Kota, Pulau Ambon.

Ketua Seksyen Maklumat dan Perhubungan Awam Polis Pulau Ambon, Moyo Utomo berkata, tembelang suspek pecah apabila polis menyoal siasat anaknya.

Menurutnya, mangsa kelihatan gelisah dan tidak tenang ketika mereka mengambil keterangan darinya, sejak dari itu pihak mereka mula mencurigai perkara tersebut.

“Kanak-kanak itu akhirnya membuat pengakuan menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya dan dirogol sejak sekolah rendah,” katanya, lapor Kompas.com.

BACA: Dilepas Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukuman Gantung

BACA JUGA: Boleh Ke Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Mufti WP

Sumber: Kompas.com, Utusan Malaysia