Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Helikopter Fennec TLDM Mendarat Cemas, Semua Krew Berjaya Diselamatkan – TLDM

Gambar: Kosmo

Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec terlibat dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi.

Ini merupakan kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

Gambar: Kosmo

Selain enam buah helikopter AS 555 SN Fennec, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Super Lynx yang kesemuanya memiliki rekod penerbangan yang cemerlang.

Menurut kenyataan media di laman sosial rasmi TLDM, helikopter yang sedang membuat penerbangan operasi itu telah membuat pendaratan kecemasan di Pangkalan TLDM Lumut jam 12 tengah hari tadi.

Kesemua krew berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut. Insiden ini tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal.

TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian.

Sumber: Kosmo , TLDM