Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Helikopter Terhempas, Lima Individu Selamat

Gambar Via Bernama TV

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas dalam kejadian di dalam kawasan Lapangan Terbang Subang pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Lima individu dalam helikopter itu termasuk seorang juruterbang dan penolong juruterbang terselamat dalam kejadian itu, dengan seorang mengalami kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi dan segera ke lokasi kejadian.

“Tiada kebakaran dikesan pada helikopter itu dan kesemua mangsa dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, seorang mangsa patah kaki dan cedera di kepala manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, helikopter berkenaan terhempas di dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.18 pagi tadi.

Katanya semua penumpang dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara sedang menyiasat punca kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Bernama