Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
bapa dua anak bantuan
Sumber: Facebook Natipah Abu

Hidap Kanser “Rare”, Bapa Dua Anak Perlukan Bantuan Kewangan

Nur Alissa

Hidap Kanser “Rare”, Bapa Dua Anak Perlukan Bantuan Kewangan

Setiap insan bergelar bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya. Menjadi impian semua ibu bapa untuk melihat anak mereka membesar menjadi individu yang berjaya dalam hidup.

Namun, semua impian itu kini semakin pudar apabila bapa kepada dua anak, Hisham Bin Zainon disahkan menghidap kanser kelenjar air liur sejak Oktober 2024.

Menerusi hantaran aktivis masyarakat Natipah Abu, kehidupan Hisham sebagai ketua keluarga berubah apabila dia menyedari ada ketulan yang tumbuh dan melekat di gusinya namun tidak sakit.

Gambar: Natipah Abu

Merujuk halaman Hello Doktor, kanser kelenjar air liur atau nama saintifiknya, adenoid cystic carcinoma ialah sejenis kanser yang jarang ditemukan.

“Ketulan itu semakin hari semakin membesar hingga ke saiz bola ping pong,” jelas Natipah.

Bermulalah episod di mana Hisham kerap sakit disebabkan demam hingga berat badan susut mendadak.

Ubat jadi peneman

“Encik Hisham pun mendapatkan rawatan lanjut di hospital dan sejak detik itulah .. kehidupannya sebagai pejuang kanser pun bermula.

“Seminggu dua kali, dia terpaksa berulang alik ke hospital sebelum menjalani major operation pada Februari lalu,” maklum Natipah.

Meskipun kos rawatan rawatan percuma, namun kos minyak dan tol sedikit sebanyak membebankannya yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah untuk menyara keluarga. Apatah lagi, isterinya merupakan suri rumah tetap.

Gambar: Natipah Abu

“Setiap kali bercuti, gajinya akan dipotong kerana majikan akan memberi gaji tersebut kepada orang yang menggantikan dan mengambil alih tugasnya.

“Berapalah sangat baki yang tinggal… sementelah gajinya pun tak seberapa.

“Untuk menanggung kos ulang alik ke hospital, barang kemas isteri yang sebesar janggut udang pun, habis semua terpaksa digadai dan dijual,” jelas Natipah lagi.

Semenjak suaminya sakit, Hidayah, 36, terpaksa mengambil alih tugas suaminya di sekolah. Namun, gaji pekerjaan itu masih tidak mencukupi kerana dia terpaksa mengambil cuti untuk menghantar Hisham ke hospital setiap minggu.

“Kadang-kadang seminggu sekali dan kadang-kadang dua minggu sekali dia tetap kena bercuti,” kata Natipah.

Hidayah mengakui dua anak mereka yang masing-masing berumur 11 dan 5 tahun menjadi sumber kekuatan untuk terus mencari rezeki dan berjuang demi keluarga tercinta.

Gambar: Natipah Abu

“Tiada lagi sebarang rasa hendak menyambut Aidilfitri sejak suaminya sakit. Siang malam dia berdoa agar suaminya kembali sembuh seperti dulu kerana perjalanan anak-anak masih panjang” sambung Natipah lagi.

Keluarga Hisham dan Hidayah kini memerlukan bantuan kewangan bagi membantu kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Bagi mereka yang berhasrat untuk membantu meringankan beban keluarga ini, bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun Pertubuhan Jariah Qaseh 552107634719‬ (Maybank).

Sumber: Facebook Natipah Abu, Hello Doktor

BACA: Hidap Kanser Darah, Adik Aidil Perlukan Sumbangan Kewangan

BACA: Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Maksud “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan”

BACA: Raya Dah Dekat, Wanita Kongsi Cara Simpan Kelapa Parut Tahan Lama