Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hilang Selepas Keluar Tonton Perlawanan Bola Sepak, Bapa Minta Bantuan Kesan Anak
Seorang remaja yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak pada Ahad lalu, lapor Sinar Harian.
Bapa remaja itu, Abdul Halid Sugiman, 44, berkata Hafiz Fauzan sebelum itu diambil dari asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Parit Raja sempena cuti sekolah.
“Selepas menjemputnya, kami keluar makan bersama-sama. Selepas sampai rumah, Hafiz meminta izin untuk keluar menonton perlawanan bola di kedai makan berhampiran rumah di Bandar Putera Indah di Batu Pahat.
Bapa minta bantuan kesan anak, hilang selepas keluar tonton perlawanan bola sepak
“Ketika keluar, dia juga menyatakan akan ke Parit Ju untuk mengambil rakan sekelasnya kerana kebiasaannya mereka berdua akan menonton bersama-sama di kedai makan itu.
“Bagaimanapun, difahamkan rakannya itu tiada di rumah kerana mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan pesta buku di sana,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
Tambah Abdul Halid, segala usaha mencari anaknya sudah dilakukan dengan menghubungi rakan serta guru yang membuat rombongan sekolah namun tidak berhasil.
“Kami juga sudah menghubungi rakan-rakan lain serta saudara terdekat juga tidak mempunyai maklumat tentang Hafiz.
“Selain itu, kami meninjau di beberapa jalan yang mungkin dilalui sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja, namun tiada petunjuk diperoleh.
“Ketika keluar Hafiz menunggang motosikal jenis Honda Future 125 nombor pendaftaran JDL 1421 berwarna hitam dan menyarung jaket juga berwarna hitam,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan remaja terbabit.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat tentang remaja ini diharapkan dapat menghubungi mana-mana Balai Polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
BACA: Juruterbang Cedera Parah Pesawat F-35 Terhempas Di Lapangan Terbang Albuquerque
Sumber: Sinar Harian