Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Honda Kekal Jenama Asing Paling Popular

honda paling popular

Honda Kekal Jenama Asing Paling Popular

Bila sebut je jenama kereta H kat Malaysia ni semua orang tahu kita tengah cerita pasal jenama Honda.

Honda ni bukan setahun dua bertapak di hati rakyat Malaysia, sejak tahun 1960-an lagi Honda mula menempa nama di negara kita.

Tapi sampai tahun 2025, kenapa jenama Honda paling popular sehingga kini? lagi-lagi jejaka-jejaka di Malaysia sentiasa mengutamakan Honda sebagai pilihan utama.

SK nak kongsikan kepada semua tiga faktor jenama Honda ni terus digilai dan jadi dambaan pengguna yang nak beli kereta baru.

Honda Jenama Tahan Lama Paling Popular

Honda terkenal dengan model-model yang tahan lama dan jarang rosak. Kalau kita tengok model-model Honda yang dah berusia 5-10 tahun masih gagah atas jalan raya.

Paling penting, hanya perlu diselenggara ikut jadual yang ditetapkan dan menukar bahagian wear and tear bila sudah tiba masanya.

Nilai Jualan Semula Yang Tinggi

Selain itu, Honda juga terkenal dengan nilai jualan semula yang tinggi berbanding jenama-jenama lain.

Ini disebabkan permintaan jenama ini dalam pasaran kereta terpakai sangat tinggi, oleh itu penjual kereta terpakai berani untuk membeli dari pemilik pertama dengan harga tinggi.

Tambahan pula, trend di Malaysia yang sangat mementingkan nilai jualan semula sebelum memiliki apa-apa model kereta baharu.

Strategi "Value for Money" (CKD)

Dengan mempunyai kilang pemasangan tempatan (CKD) di Melaka, Honda Malaysia dapat menawarkan spesifikasi yang tinggi.

Ia diterjemah kepada teknologi seperti sistem keselamatan Honda SENSING pada harga yang kompetitif berbanding kereta import sepenuhnya (CBU).

Mereka sering menjadi jenama pertama yang membawa teknologi kereta mewah ke segmen mampu milik.

Simbol Status

Di Malaysia, wujud persepsi sosial di mana beralih daripada kereta nasional (Proton/Perodua) kepada Honda dianggap sebagai satu pencapaian.

Jenama ini berada di titik tengah yang sempurna, lebih premium daripada kereta nasional, tetapi lebih mampu milik daripada jenama mewah seperti BMW atau Mercedes-Benz.

Bila beli kereta honda sahaja terus anda mendapat gelaran "Abang-abang H" yang mungkin jadi sesuatu yang dibanggakan sesetengah pengguna.

BACA JUGA!