Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Honda Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran bagi tahun 2026 menerusi pengenalan enam model baharu.
Selaras dengan hala tuju perniagaan, Honda menetapkan sasaran asas sebanyak 60,000 unit, berlandaskan pemahaman kukuh terhadap perubahan tingkah laku pengguna, evolusi permintaan pasaran serta komitmen terhadap pertumbuhan mampan yang berteraskan nilai.
Teras strategi Honda Malaysia adalah komitmennya dalam menawarkan pengalaman ‘Fun to Drive’.
Honda terus memberi penekanan kepada prestasi pemanduan yang menyeronokkan, disokong oleh teknologi terkini serta penawaran produk yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan di Malaysia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki berkata, “Semangat ‘Fun to Drive’ mencerminkan komitmen kami dalam menghasilkan kenderaan yang mampu membina hubungan emosi dengan pelanggan."
"Kami ingin menegaskan bahawa Honda bukan sekadar alat pengangkutan. Ia tentang hubungan spontan yang dirasai sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kenderaan; tentang keseronokan yang hadir secara semula jadi setiap kali memegang stereng. Elemen emosi inilah yang telah diterapkan dalam setiap model Honda sejak awal lagi.”

“Pengenalan teknologi S+ Shift buat julung kalinya membuktikan komitmen tersebut. Ia meningkatkan penglibatan pemandu dan menjadikan setiap perjalanan lebih dinamik serta memuaskan, sekali gus menampilkan pendekatan berbeza Honda untuk mereka yang benar-benar menghargai pengalaman memandu,” tambah Encik Yazaki.
Seiring dengan komitmen ini, Honda bakal terus merancakkan pasaran dengan memperluas rangkaian e:HEV, sekali gus memberi lebih ramai rakyat Malaysia peluang merasai prestasi seimbang dan mengujakan daripada teknologi hibrid termaju Honda.

Sebagai perintis dalam bidang ini sejak tahun 2004, pendekatan ini mencerminkan usaha berterusan Honda Malaysia dalam membangunkan teknologi hibrid yang cekap, boleh dipercayai dan berprestasi tinggi, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju mobiliti elektrik yang diyakini di peringkat global.
Honda Malaysia sentiasa meneliti dan menjangka perubahan corak permintaan bagi memastikan ia kekal selari dengan realiti pasaran, disokong oleh asas pelanggan yang luas dan aktif yang dibina sejak sekian lama.
Dengan pendekatan berfokuskan pelanggan, Honda akan memperkemas penawaran model agar pelanggan dapat memilih model Honda yang benar-benar menepati gaya hidup dan keutamaan mereka dengan lebih mudah dan berkesan.
Selain pemilikan kenderaan, Honda Malaysia turut komited dalam membina hubungan jangka panjang bersama pelanggan.
Honda memperkukuh operasi pengedarnya serta memberi penekanan lebih besar terhadap peningkatan perkhidmatan jualan dan selepas jualan.

Inisiatif-inisiatif utama ini dirangka bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lancar, di samping mengukuhkan kepimpinan Honda Malaysia pada setiap titik sentuhan pelanggan.
Honda yakin mampu mencapai sasaran pada tahun 2026, didorong prestasi kukuh pada 2025 dengan lebih 72,301 unit terjual dalam suasana pasaran yang dinamik, dipacu peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik dan teknologi canggih.
Honda Malaysia terus menerajui Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 12 tahun berturut-turut, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya selama 25 tahun di negara ini.
Honda Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan atas kepercayaan dan sokongan berterusan.
Melangkah ke tahun 2026 dengan semangat “Challenging Spirit”, Honda komited mengekalkan standard kualiti tertinggi dalam setiap produk dan perkhidmatan, sambil terus menyampaikan kegembiraan serta kebebasan mobiliti kepada semua.