Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hong Kong Catat Suhu 36.9 Darjah Celsius, Tertinggi Sejak 1884

Suhu 36.9
Kredit: Bernama

Hong Kong Catat Suhu 36.9 Darjah Celsius, Tertinggi Sejak 1884

Hong Kong mencatatkan suhu tertinggi dalam rekod sejak catatan meteorologi bermula pada 1884 apabila suhu mencecah 36.9 darjah Celsius pada Ahad.

Menurut laporan Xinhua yang memetik Balai Cerap Hong Kong, suhu itu direkodkan pada 3.30 petang waktu tempatan.

Balai cerap berkenaan menyifatkan keadaan cuaca panas melampau itu berpunca daripada fenomena udara menurun di pinggir Taufan Dolphin.

Cuaca panas dijangka berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan suhu di sesetengah kawasan berpotensi melebihi 37 darjah Celsius.

Taufan Dolphin dilaporkan melanda daratan di wilayah Zhejiang, timur China, pada petang Ahad.

Intipati
  • Hong Kong mencatatkan suhu 36.9 darjah Celsius, tertinggi sejak rekod bermula pada 1884.
  • Balai Cerap Hong Kong merekodkan bacaan itu pada 3.30 petang waktu tempatan Ahad.
  • Cuaca panas melampau dikaitkan dengan udara menurun di pinggir Taufan Dolphin.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan