Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hong Kong Meriahkan Musim Panas Dengan Festival, Demam Bola Sepak & Ganjaran Percutian Eksklusif

MUSIM

Hong Kong Meriahkan Musim Panas Dengan Festival, Demam Bola Sepak & Ganjaran Percutian Eksklusif

Mencari destinasi percutian musim panas yang menggabungkan hiburan bertaraf dunia, aktiviti mesra keluarga, aksi sukan yang mendebarkan serta penjimatan yang menarik? Musim ini, Hong Kong mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan bandar ini menerusi kempen Hong Kong Summer Fun.

Daripada perlumbaan bot naga yang penuh warna-warni dan sambutan hari jadi panda gergasi, kepada tarikan interaktif, festival bola sepak bertaraf dunia serta pelbagai ganjaran pelancongan eksklusif, pengunjung boleh menikmati kalendar acara yang padat sambil memanfaatkan pelbagai tawaran istimewa musim panas yang tersedia di seluruh bandar.

Berlangsung sehingga 31 Ogos 2026, kempen ini menghimpunkan pelbagai acara bermusim terbesar Hong Kong bersama tawaran eksklusif untuk tarikan pelancongan, pengangkutan, beli-belah dan makanan, sekali gus memberikan lebih banyak sebab kepada rakyat Malaysia untuk merancang percutian mereka ke Hong Kong.

Sorotan Musim Panas di Hong Kong

Sama ada anda merancang percutian keluarga, percutian hujung minggu di bandar atau percutian khas untuk menikmati aksi bola sepak, berikut antara acara dan tarikan wajib dikunjungi musim ini:

  • Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival (19 Jun – 1 Julai): Raikan edisi ulang tahun ke-50 perlumbaan bot naga ikonik Hong Kong yang menyaksikan lebih 220 pasukan dari seluruh dunia berentap di Victoria Harbour. Buat pertama kalinya, acara ini diperluaskan menjadi festival selama 13 hari yang menampilkan pengalaman tepi laut yang meriah, termasuk Dragon Boat Food Lane, bengkel budaya, instalasi bertema serta pelbagai lokasi menarik untuk bergambar di sepanjang Avenue of Stars.

  • Pixar Summer Fest (12 Jun – 31 Ogos): Nikmati sambutan bertemakan Pixar yang pertama seumpamanya di Hong Kong Disneyland Resort. Pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan malam baharu “Pixar Pals Spectacular” yang menampilkan dron bercahaya, pancutan air berkilauan, projeksi visual dan belon gergasi. Pertunjukan ini akan dipersembahkan sebelum persembahan ikonik “Momentous”. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati “Pixar Water Play Street Party!”, perarakan terbesar taman tema tersebut, “Friendtastic!”, sesi bertemu watak kegemaran serta pelbagai pengalaman bertema di restoran, kedai dan hotel resort.

  • Pandastic Summer Birthday Celebration – Let the Fun Begin! (26 Jun – 31 Ogos): Sertai sambutan ulang tahun anak panda gergasi kembar, Jia Jia dan De De, di Ocean Park Hong Kong bersama panda popular lain iaitu Ying Ying, Le Le, An An dan Ke Ke. Sambutan ini menampilkan dekorasi bertema, peluang bergambar dan pengalaman interaktif yang menampilkan keenam-enam panda gergasi sebagai karakter ceria Panda Friends.

  • Design Ah! Experience the Wonder of Everyday Design (27 Jun 2026 – 10 Januari 2027): Pameran mesra keluarga yang berlangsung di M+ ini mengubah aktiviti harian seperti makan, berjalan dan duduk menjadi pengalaman interaktif yang menyeronokkan melalui permainan secara langsung, instalasi imersif dan persembahan audiovisual yang menarik. Pengunjung dari semua peringkat umur dijemput melihat objek dan tingkah laku harian daripada perspektif baharu yang mencetuskan rasa ingin tahu, kreativiti dan pelbagai detik “Ah!” yang mengujakan.

  • Bubble Planet Hong Kong (Mulai 29 Jun): Membuat kemunculan sulung di Hong Kong di Kai Tak Cruise Terminal, tarikan imersif yang terkenal di peringkat antarabangsa ini menggabungkan seni digital, ilusi optik, realiti maya dan instalasi multisensori untuk mencipta pengembaraan bertemakan gelembung yang menyeronokkan bagi seisi keluarga dan pencinta pengalaman unik.

  • Hong Kong Football Festival 2026 (31 Julai – 5 Ogos): Peminat bola sepak berpeluang menyaksikan empat gergasi Eropah — Manchester City, FC Internazionale Milano, Chelsea FC dan Juventus — beraksi di Kai Tak Stadium. Festival ini menampilkan dua perlawanan utama selain sesi latihan terbuka eksklusif oleh Manchester City dan Chelsea yang memberikan peluang kepada peminat untuk melihat pasukan kegemaran mereka dengan lebih dekat. Meneruskan kejayaan edisi tahun lalu, festival ini menghimpunkan beberapa kelab pemenang juara Liga Juara-Juara UEFA dalam satu acara, sekali gus mengukuhkan kedudukan Hong Kong sebagai antara destinasi utama Asia bagi sukan antarabangsa dan hiburan secara langsung.

Terokai Lebih Banyak, Berbelanja Lebih Bijak dengan Tawaran Musim Panas

Bagi melengkapkan kemeriahan musim panas, program Summer Deals oleh Hong Kong Tourism Board (HKTB) menawarkan pelbagai penjimatan eksklusif untuk tarikan pelancongan, pengangkutan, beli-belah dan makanan di seluruh Hong Kong.

Melalui kerjasama dengan Trip.com Group, HKTB menawarkan lebih daripada HK$20 juta dalam bentuk ganjaran dan tawaran eksklusif merangkumi 19 tarikan pelancongan dan tiga pengendali pengangkutan. Dari sekarang hingga 31 Ogos, pelawat yang menempah penginapan hotel terpilih di Hong Kong untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai hingga 14 September dengan perbelanjaan minimum HK$1,500 dalam satu transaksi layak menerima “Summer Getaway Pack”, yang menawarkan satu baucar diskaun tarikan pelancongan dan satu baucar diskaun pengangkutan sehingga 50%.

Bagi menjadikan tawaran ini lebih menarik, ganjaran tambahan akan ditawarkan dalam dua fasa pada 15 Jun dan 14 Julai mengikut konsep siapa cepat dia dapat, membolehkan pelancong menikmati lebih banyak pengalaman di Hong Kong dengan kos yang lebih berpatutan.

Dari 1 Julai hingga 31 Ogos, pelawat juga boleh menikmati program “Summer Instant Rewards” hasil kerjasama antara HKTB, AlipayHK, Alipay dan Alipay+. Pelancong boleh menebus ganjaran perbelanjaan segera bernilai sehingga HK$500 dengan mengimbas kod QR khas di premis yang memaparkan tanda penerimaan pembayaran melalui AlipayHK, Alipay dan Alipay+ di hampir 100 pusat beli-belah yang mengambil bahagian di seluruh Hong Kong, termasuk destinasi popular seperti Central Market, K11, Festival Walk, Mira Place dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Selain ganjaran segera, pengunjung juga boleh menikmati lebih 150 tawaran eksklusif daripada pelbagai peniaga yang merangkumi kategori beli-belah, makanan dan hiburan di seluruh bandar.

Menambahkan keterujaan musim panas ini, HKTB turut bekerjasama dengan Quality Tourism Services Association (QTSA) dan Hong Kong Retail Management Association (HKRMA) untuk memperkenalkan pelbagai ganjaran beli-belah dan makanan untuk tempoh terhad di seluruh Hong Kong.

Pengunjung boleh menikmati promosi beli satu percuma satu untuk sajian makanan serta pelbagai tawaran istimewa bermula serendah HK$1 atau HK$10 di peniaga terpilih. Sebahagian ganjaran ini ditawarkan secara eksklusif kepada pengguna berdaftar platform pelancongan Discover Hong Kong.

Sama ada anda bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau peminat bola sepak yang lain, inilah masa terbaik untuk menikmati segala yang ditawarkan oleh Hong Kong. Untuk maklumat terkini mengenai Hong Kong Summer Fun dan Summer Deals, layari https://www.discoverhongkong.com/eng/events/summer-fun.html.