Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM100 juta bagi tujuan outsourcing perkhidmatan perubatan berkaitan khususnya di Lembah Klang.
“Apa yang dimaksudkan dengan outsourcing iaitu hospital-hospital di Kuala Lumpur dan Selangor boleh membuat proses outsourcing kes-kes non covid ke hospital swasta yang telah pun bersama-sama kita sejak awal pandemik yang lalu,” katanya.
Tambahnya lagi, langkah-langkah strategik menangani peningkatan kes covid-19 di Lembah Klang juga dilakukan seperti menambah baik pengurusan di hospital dan menambah dua hospital full covid iaitu Covid Hospital Sungai Buloh dan Covid Hospital Ampang.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi sidang media pada petang ini.
Dalam perkembangan berbeza, sebanyak 11,079 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Daripada jumlah berkenaan, 70 peratus kes yang dilaporkan mewakili 3 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia